Jom Baca

Monday 30 April 2012

Pantun Mohon Maaf


As-Salamu Alaikum



Hang Tuah Berkacamata
Kekacakannya diketahui oleh semua
Ampun maaf kita meminta
Pinta maaf pada semua

Penjaga gol malaysia ialah Zubir
Gol dijaga dengan berhati-hati
Maaf bukan sekadar dibibir
Ia juga wujud dihati

Zubir ibrahim sangat berjasa
Dialah penjaga gol yang berjaya
Maaf dipohon bila-bila masa
Bukan sekadar dihari Raya

Dari jauh nampak mata
Dari dekat nampak gigi
Hari ini maaf dipinta
Esok kita buat salah lagi

Atroman kuat bila berdiri
Memang kuat melawan raksasa
Buat salah tiap hari
inilah kita manusia biasa

Mari dengar dikir karut
Dengar sambil kita menari
Aku memang suka mengarut
Beginilah aku setiap hari



Sunday 29 April 2012

Cerita kedai kopi "Kegagalan"



Pantun Pembuka Cerita:
Tidak sabar jumpa si Melah
Kutunggu melah ditepi jeti
Mulakanlah cerita dengan Bismillah
Moga kita akan Diberkati

Salam satu malaysia wahai rakyat malaysia sekalian.Udah-udah la bergadoh sesama sendiri yer.Ingatlah bakti orang dulu-dulu yang memerdekakan Tanah air kita ni.Jangan nak merosakkan keamanan yer.Bincang elok-elok dan jangan gunakan kekerasan.Eh..Aku cerita mengenai apa pula ni.Bukan ini yang hendak aku cerita sebenar-benornya pun adoi ter pun.Tidak mengapa.Inikan blog ko wahai Mohd Faizul Abd Rahman,Maka dengan itu,tiada kesalahan pun untuk engkau hendak tulis apa-apa pun tapi jangan sampai menjadi isu-isu murahan pula sudah la.

It ok,it's all right.Mulakan cerita aku ini dengan satu cerita seorang pelajar uitm yang mengambil jurusan kejururawatan.Dia ini merupakan seorang pelajar yang baru sedar mengenai tugasnya sebagai seorang pelajr universiti.Oleh itu dia mulakan azam yang baru untuk berubah menjadi seorang pelajar yang rajin dan berdedikasi.Cewah.Bagus-bagus kerana still mempunyai azam untuk berjaya.Jangan sesekali biarkan hidup anda dirundung kecelaruan dan kegagalan.

Kegagalan?Wah,sakitnya hati bila dengar perkataan itu.Aku pasti yang bukan aku sahaja yang tidak menyukai perkataan itu.Korang-korang dan korang semua semestinya tidak sukakan kegagalan.Tapi ada orang cakap yang "Gagal sekali tidak bermakna kita akan Gagal lagi".Sejauh mana betolnya istilah itu?.Tapi aku tnegok Dia ni tidak pun mcam itu.Dia ni seolah-olah istilah macam ni "Gagal sekali tidak bermakna tidak gagal lagi".Oh apakah maksud semua ini?.Tapi dia ni ambil kegagalan itu sebagai suatu pengajaran dan pengalaman hidup.Tapi kan,berapa banyak pengalaman yang perlu dia kumpul untuk berjaya dalam hidup dia?

Adoi.Makin bertambah la pula persoalan yang aku wujudkan ini.Bukan aku ingin pertikaikan takdir.Tapi elok kita berfikiran positif "maybe dia ni belum cukup berusaha untuk mendapatkan kejayaan itu".Kalau macam itu,kita perlulah mencuba dan terus mencuba untuk berjaya.Jangan sesekali mengalah selagi ada hayat dikandung badan,so berjuanglah sehingga titisan darah yang terakhir wahai kawan.

Kekalkanlah azam mu itu,jangan biarkan kenangan lalu merosakkan semangatmu yang mula membara itu.Tapi kadang-kadang tidak semua dapat menguatkan dirinya dari menjadi lemah bukan.Mesti akan ada suatu ketika kita akan berfikirkan akan semua itu iaitu kegagalan yang kita hadapi itu.Jangan kita biarkan ianya terus menghantui jiwa kita ok.Sama-sama kita teruskan perjuangan kita ini walaupun berapa banyak dugaan dan cabaran sepanjang perjalanan kupasrah kuakur,tujuh lapan enam Alhamdulillah shyukur..Selamat Berjaya Wahai Kwan-kawan ku sekalian.


Pantun Penutup Cerita:
Penat sudah aku bercerita
Bercerita ini tanpa permintaan
Kegagalan suatu kekuatan kita
Kuatkanlah diri menempuh dugaan




Rawatilah diri Anda



As-Salamu Alaikum

Pantun Pembuka Tirai:
Rumah aku tiada pintu
pintu mahal tidak terkira
Lupakanlah masalah anda itu
Ciptalah jiwa yang gembira




Anda ada masalah?Masalah anda besar?Masalah anda setinggi menara KLCC?Masalah anda menganggu jiwa dan raga anda?Hidup anda rasa kosong?Pening kepala mula datang?Rasa malas hendak bangun tidur?Rasa malas hendak buat kerja lain?


Dapatkanlah satu ubat yang sangat mujarat untuk semua.Ubat ini bermujarat untuk semua orang tanpa mengira umur,jantina,darjat dan juga keturunan.Ubat ini sesuai digunakan pada bila-bila masa sahaja.


Dimanakah hendak mendapatkan ubat ini?
Anda tidak perlu pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan daripada doktor dan cik-cik nurse.Anda juga tidak perlu menhabiskan duit untuk isi minyak moto anda untuk pergi ke kedai farmasi yang jauh dan biasanya membazirkan duit kerana mahal.Anda juga tidak perlu membeli banyak-banyak .


Kerana
Anda boleh dapatkannya dikedai-kedai runcit
Anda boleh membeli dimana-mana pasaraya yang terdekat.
Anda tidak memerlukan nasihat daripada pakar kesihatan untuk menggunakannya
Anda hanya memerlukan duit yang sedikit kerana ianya murah.
Anda boleh gunakannya untuk jangka masa yang panjang kecuali hilang dan rosak.
Anda boleh pinjam daripada kawan-kawan anda juga.

Advantage of this treatment:
To release tension.
To decrease the hypertension.
To make people easy sleep after tired used it.
To increase our confident level.
To develop our muscle.
To increase our appetite.
To make us more cheerful.
To reduce our anxiety.

Disadvantage of this treatmen:

Make us waste the time.
No time to do other works.
We will be insomnia.
Will be tired.

Pesanan: Ubat ini tidak boleh disalah gunakan kerana akan ditangkap oleh pihak berkuasa.

Apakah ubat itu?
Daun Terup.
haha.


This game make decrease our tension.

"Renung-renungkan dan Selamat Bermain Kad"







Saturday 28 April 2012

Hidup Bujang



Pantun Pembuka Tirai
Kalau takot jiwa tertekan
pergilah kita ketempat nyaman
Salam sejahtera aku ucapkan
Mulakan hari dengan senyuman

Hari ini goreng ikan
esok pula goreng beruan
Hari-hari kita makan
Kerana makan Suatu keperluan


Semua orang mesti pernah hidup bujang kan?Hidup yang dimaksudkan ialah jauh dari orang yang kita sayang iaitu keluarga kita.Mesti la ramai yang dah laluinya pun adoi kan.Hari ini aku hendak menyatakan mengenai apa yang anda makan bila anda duduk dalam lingkungan kawan-kawan anda sahaja.Mari kita tengok apa yang kita selalu makan diwaktu berada jauh dari keluarga.

Makanan Harian Anda:

1) Makan Makanan Dikedai.
Urm.ini sudah semestinyakan.Jika tempat anda belajar tu tiada dapur untuk memasak.Hari-hari makan dekat cafe.Naik bosan dah agaknya orang cafe tu tengok muka anda.

Menu harian: 
Nasi + Ayam + Gulai kari santapan harian.
Nasi goreng la bro.
Roti canai pun ok.
Laksa pinang mai.
Waffle tidak kenyang pun aku makan.
Macam-macam lagi la bro mengikut selera anda.
Ada duit ada la makanan.haha

2) Makan Masakan sendiri.
ini untuk orang yang ada dapur dirumah bujangnya itu.Seperti aku sekarang la.Nasib baik la ada dapur dekat rumah sewa aku ini.Belehlah kitorang memasak resepi yang best-best dan lagi best dari masakan dikedai makan.Kalau hendak masak kita perlukan barang-barang masakan.Oleh itu kita perlu berkongsi kewangan untuk membeli barang masak.Beli untuk seminggu terus la.Tapi tidak sampai seminggu,semua dah kering sumber makanan tuh.haha..Kuat makan betol la.




Menu harian: 
Nasi goreng terengganu la apa lagi.
Nasi goreng sardin menawan kalbu.
Mee goreng orang bujang.
Nasi + Sardin istimewa budak sarawak.
Sayur kobis senyuman indah.
Sayur kacang panjang kenyit mata.
                    
Menu istimewa: 
Tom Yam Budak sarawak tom tom bak.
Sup ayam berkaki orang klang gelak ketawa.
Ayam goreng ketunki budak sarawak senyum selalu.
Ayam masak merah dahi berpeluh.
Hot dog masak sos daun terup.
Cengkodok/jemput-jemput hati riang.

Menu kekeringan Wang: 
Nasi putih + kicap pekat hindustan.
Telor goereng ala-ala counter-strike.
Maggi rebus terrorist punyer.

Minuman Harian: 
Air anggur sejuk geli hati.
Air teh dehydration.
Air teh o muka berseri.
Air kopi o tidak tidur malam.
Air kopi pekat arak asli.
Air Susu manis kencing manis.

3) Makanan ringan-ringan. 
Makanan ringan ni sebenarnya tidak elok untuk kesihatan.Tapi makanan ringan yang kitorang makan ni baik untuk kesihatan.Makanan yang boleh buat alas perut dan kadang-kadang jadi alals kaki juga.haha.

Menu makanan ringan: Biskut kering sayur-sayuran indah rupa dari khabar.
                                     Biskut gula tambah insulin.
                                     Roti Kosong cicah air kenangan terindah.
                                 


Macam mana dengan senarai makanan harian yang aku pernah lalui itu.Mesti korang pernah lalui semua itu kan?Ada banyak lagi menu lain tapi aku kadang-kadang ingat-ingat lupa.Biasa la bila umur sudah meningkat.Begitu la jadinya.Tapi masakan kitorang memang sedap sehingga tidak terkeluar kata-kata dari mulut kitorang bila kitorang memakannya.Kita semua kena pandai berjimat cermat dalam memenuhi kehendak perut anda itu.Lebih baik anda penuhi keperluan anda dahulu daripada anda memenuhi kehendak perut anda.Keperluan ialah benda yang perlu dan mesti kita lakukan dulu untuk diri kita.Kehendak ialah benda yang menjadi tambahan dan berdasarkan nafsu kita.Cewah.Pepandai jer jiwer kelajuan ni.Ok la.Masa sangat menceburui aku.Selamat beramal dan selamat Hari Raya.Eh.salah.Selamat berjaya la dalam hidup anda semua. :)

Cuaca sekarang nampak redup
tapi baju baru dijemurkan?
Makanlah kita selagi hidup
Hidup kita perlu makan



Friday 27 April 2012

Persoalan salah ker?


As-Salamu Alaikum


Salah ker jika kita menyimpan harapan yang tinggi menggunung?Salah ker jika kita berpura-pura gembira?salah ker kita simpan sedih seorang diri?Salah ker kita buat-buat seolah-olah benda itu tidak terjadi?Salah ker jika kita suka melakukan kesalahan?

Banyaknya persoalan yang muncul dalam minda aku ini.Sejak aku tahu semua itu hidup aku menjadi tidak tenang.Sehinggakan aku mula bercelaru.Tapi aku biarkan dulu perkara itu kerana aku perlu membuat ke[putusan yang terbaik buat diri aku ini.Betol ker terbaik.Rasanya tidak pernah aku buatt keputusan yang terbaik.

1) Salah ker jika kita menyimpan harapan yang tinggi menggunung?

Berbalik pada soalan menyimpan perasaan itu,aku sebenarnya memang melakukan kesilapan yang sangat-sangat besar kerana mengharapkan sesuatu yang sukar untuk aku kecapi.Ibarat mengapai bintang dilangit.Aku tidak mampu hendak membina kapal angkasa untuk sampai ke bintang tersebut walaupun telah cuba untuk membinanya.Begitulah diumpamakan dengan persoalan itu.

2) Salah ker jika kita berpura-pura gembira?

Kita selalu berpura-pura dalam kehidupan kita ini.Kadang-kadang kita tidak hiraukan akan diri kita sendiri.Kita mahu dilihat kuat dan hebat dimata orang.Tapi sebenarnya kita tidak mahu membuat orang lain merasa sedih dengan keadaan kita itu.So tidak salah untuk aku terus berpura-pura gembira dan ketawa.hahaha...

3) Salah ker kita simpan sedih seorang diri?

Kita ini adalah manusia biasa yang tidak lepas dari persaan sedih.Normal untuk kita menghadapi perasaan sedih.Tapi itu bergantung kepada kita untuk mengatasi perasaan tersebut.Ada orang akan menangis sepuas hati untuk hilangkan sedih itu.Itu kerana, air mata dapat mengurangkan keresahan dihati kita.Bukan bermaksud kita ini lemah bila mengalirkan air mata.Itu sebenarnya kita dalam proses menjadi seorang yang kuat untuk tempuhi segala dugaan.Tapi bagi lelaki kalau menangis mesti dikaitkan seorang yang manja.haha.Baik jangan menangis.Lagi elok pergi ker Hospital buat pembedahan buang air mata.haha..Ada orang yang akan menceritakan masalah mereka kepada orang lain untuk menghilangkan kesedihan.Itu adalah satu cara yang agak bagus.Ada juga orang akan simpan dan pendam kesedihan seorang diri.Ini yang hendak aku katakan sebenarnya.Kita anggap dengan memendam perasaan sedih kita itu,kita akan dapat mengatasi atau melupakan masalah ter sebut.Tapi sebenarnya kita sedang membentuk sesuatu masalah yang lain terhadap diri kita.Kita akan menjadi semakin tertekan.Oleh itu kita perlulah share masalah kita itu dengan orang boleh kita percaya.Tapi aku sebenarnya jenis yang susah hendak menceritakan masalah aku kerana aku tiadak mahu menyusahkan orang lain.

4) Salah ker kita buat-buat seolah-olah benda itu tidak terjadi?

Memang tidak salah jika kita anggap benda itu tidak pernah terjdi.Tapi kita perlulah mengambil pengajaran dari semua yang telah berlaku itu.Jadikan ia suatu batu lonjakan untuk kita menbina semangat baru.Jangan cepat berputus asa dalam kehidupan kita ini.

5) Salah ker jika kita suka melakukan kesalahan?

Alamak.Apa jenis soalan yang aku tanya ni.Diri aku ni memang pelik la.Suka bertanyakan soalan yang bukan-bukan.Tapi bagi tidak menhampakan diri sendiri, aku akan jawab jugak.Kesalahan itu suatu yang perlu kita elakkan.Tapi kalau kita tetap ingin lakukan kesalahan itu,kta anggap la kesalahan yang ingin kta lakukan itu adalah perkara yang betol bagi kita.hahaa..amacam.Teruk giler macam itu.


Indah sungguh bandar miri
Disini banyak patung binatang
Banyakkan bertanya pada diri
Moga diri menjadi matang

Thursday 26 April 2012

Kalaulah boleh aku Hentikan ****..





Hari ini sudah hari apa yer?cepatnya masa berlalu sehingga kita tidak perasan yang kita sudah pun hampir menamatkan bulan april ini.Sekarang sudah masuk 26 april.Bermakna hanya tinggal beberapa hari lagi untuk bulan april pergi meninggalkan kita.Aku rasakan seolah-olah baru sahaja melalui bulan March pada hari semalam.Wah pantas la masa ni berlalu pergi.Kenapa la aku tidak dapat nak membehentikan masa kan?eh.aku bukannya ada kuasa nak lakukan semua itu.Tapi kan kalau aku dapat membehentikan masa buat seketika.Apa yang kita boleh lakukan jika kita boleh lakukan benda itu?Bermanfaat ker hentikan masa yang telah diberi?

Jika masa ini berhenti:




Akan aku habiskan masa aku untuk
 tidur dengan secukupnya.Tapi sekarang
 pun sudah banyak masa aku habiskan
 untuk tidur.

Akan aku siapkan semua kerja yang tertunggak.
Jika masa berhenti maknanya aku banyak masa hendak 
membuat kerja-kerja yang tertunggak tuh.

Akan aku pergi kekedai makanan yang best-best 
untuk aku nikmati makanan yang tidak pernah aku makan
sebelum ini.Oh.masa berhenti bermakna semua org tidak
akan bergerak selain aku la.

wah.
Mulakan misi kejahatan.
Akan aku pergi kebilik lacture untuk melihat dan mengambil 
soalan-soalan exam.Lahi nak senang aku ambil dengan 
jawapan-jawapan lagi.

lagi best.
Aku pergi bilik lecture then aku tukar 
result exam aku kepada result yang memuaskan hati 
aku ini.

Akan aku pergi ke bank dan mengambil sejumlah
wang untuk aku gunakan.So tidak payah bekerja
and tidak payah belajar la kalau macam itu kan?
ish...senang la hidup kalau semua itu boleh terjadi.
Teruk3..

Mulakan misi yang baik.
Akan aku bantu orang-orang yang susah 
dan memerlukan bantuan.

Akan aku pergi ke pejabat perdana menteri dan 
menulis perintah supaya bantuan kewangan
perlu dibahagikan sepenuhnya kepada rakyat.

ish.
Makin lama makin merepek dah aku menulis ini.
Mana lah kita boleh hentikan masa kan?
Thats just our imagination.

That why have the movie like that in the world.
It's because they also think like i'm thinking.

Tapi kita kene teruskan dengan apa yang ada
sekarang ini.Gunakan masa seelok-eloknya.

 Ingat lah:
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3)

kalau sebut pasal masa kita tidak akan lepas dari mengingatkan diri kita
dengan Surah diatas.So kita perlu hargai masa kerana
masa tidak akan boleh diundur,tidak boleh dihentikan, dan masa
juga tidak boleh dipanjangkan.Ia tetap
macam itu sampai bila-bila.!







Wednesday 4 April 2012

Aku jatuh hati

As-Salamu Alaikum


Makan nasi sekali seminggu
Sebab ekonomi mula perlahan
Tiap hari dengar lagu
Lagu jiwang jadi pilihan


Aku sudah pun jatuh hati padanya.Makin hari aku melihatnya makin berbunga dihati ini.Sungguh jiwang diriku ini kan?Tapi apa kan daya,semua lagu yang ada dimalaysia ini mengenai cinta.Maka kita pun dibesarkan dalam angan-angan cinta dunia.Tapi kali ini aku betol-betol telah jatuh hati.Ibarat sudah jatuh ditimpa bunga pula.

Pertama kali aku mengenal dirinya ialah sewaktu sidia berada dirumahnya.Sungguh cantik rupa parasnya sehingga aku tidak dapat menahan diri ini untuk terus melihat dirinya.Ingin sahaja aku mengambilnya sebagai milik aku.Tapi apakan daya,aku memang tidak dapat memilikinya untuk dijadikan teman hidup aku.Aku perlukan keberanian untuk mendekati dirinya itu.Keberanian dalam diri aku ini belum begitu menebal untuk membolehkan aku mendekati dirinya selalu.Tapi semua itu boleh diubah.Kita kan manusia yang selalu melakukan perubahan dalam diri jika kita impikan sesuatu itu.

Tiada apa yang kita tidak dapat lakukan jika kita sentiasa berusaha untuk melakukannya.Hum..indah sungguh wajah mu itu,ibarat rembulan yang mengambang dan bercahaya.Sekali pandang macam siti nurhaliza,dua kali pandang rupanya itu lah dirimu sendiri.Lebih cantik dari orang lain.Aku selalu diejek oleh rakan-rakan ku kerana tidak berani mendekati dirimu itu.

Aku bukannya tidak mencuba untuk mendekati dirimu.Sebenarnya aku telah mengalami suatu penyakit yang susah untuk diubati dan memerlukan masa yang banyak untuk menyembuhkannya.Penyakit itu ialah suatu penyakit yang dipanggil Phobia or trauma.Aku telah phobia untuk mendekati kaum sepertimu kerana aku pernah dilukakan suatu masa dahulu.Tidak mungkin aku lupakan saat-saat aku dilukakan dahulu.Sungguh perit hati ini kerana dilukakan oleh sesuatu yang aku sangat sayangi suatu ketika dahulu.

Tapi kini aku cuba menguatkan diri dan semangat aku untuk mendekati dan menyayangi dirimu sepenuhya tanpa rasa segan dan takut.Wah...tanpa segan?itu sudah melampaui batas.oh..bagi aku tidak perlulah untuk segan-segan dalam perkara macam ini.Perkara yag elok perlu kita lakukan.Nabi Muhammad pun sangat menyayangi dirimu.Tahukah kamu.Kamu perlu dijaga dan diberi kasih sayang serta dibelai bak puteri salju.Aku perlu tunggu sedikit masa lagi untuk membolehkan aku mendekati dirimu sepenuh jiwa aku.huhu.Dirimu begitu berharga.Wahai si Kucing....i love u kucing.


Eh..bukan jatuh hati dekat yang ni la...

Tapi...






Sekali lagi si Jiwer kelajuan membuat cerita yang hampir mengarut.Tapi kali ini banyak betolnya pun.Memang aku takot nak mendekati si kucing disebabkan ada peristiwa yang pernah terjadi suatu ketika dahulu.Aku mula berani untuk mendekati kucing setelah aku pergi ke melaka dan disana terdapat seekor kucing yang comel bernama Baby yang dimiliki oleh Amirah Yazid.Mulai sekarang kita perlulah menyanyangi binatang dan binatang itu tidak akan sakiti kita jika ia tidak merasa terancam.

Indah sungguh sekolah rendah
Buat apa tiada yang tentang
Hidup kita makin indah
Jika sayang pada binatang

Monday 2 April 2012

Cerita aku ingin mengorat....



Pantun pembuka cerita gua:
Panglima perang makan betik
Betik ialah rahsia nampak menawan
Mata kamu sungguh cantik
Sekali pandang sudah tertawan


Hari in aku merayap ke suatu tempat,Pemandangan ia sungguh menarik sehingga tidak terkata.Tidak terkeluar satu perkataan pun dari mulut aku ni.Aku cuba hendak mengatakan sesuatu kepada manusia yang berada berdekatan dengan aku,tapi sayang semuanya hanya memandang aku sahaja.Mungkin aku ni mempunyai daya tarikan untuk mereka kot.Aku memandang sekeliling aku kelihatan lembu-lembu sedang mencari makan dipadang yang indah itu,Aku apa lagi,pergi la melakukan aktiviti yang paling aku suka iaitu berdiri diatas lembu itu.Beraninya aku ni kan.Alah,setakat lembu tu tidak dapat berbuat apa-apa pada aku yang kuat ni.Lau lembu tu cuba melakukan sesuatu ,maknanya aku cabut lari la apa lagi.

      Aku ni pemalas sebenarnya.Malas giler nak bergerak.Lebih baik aku duduk jer kat situ untuk mencuci mata dan usya aweks2 yang ada dekat situ.Maklumlah aku kan jantan rebutan semua orang.Kenyit mata jer mesti ada awek yang lari punyer.haha.. Tapi ada la satu awek ni datang dekat dengan aku.Alamak!Segan pula rasanaya.Humm.. "hai awak"ujarku dari jauh."awak nama apa?" " boleh kita kenal" "no fon ada ker tidak?"..wah..banyak giler soalan yang aku lemparkan kepada sidia.Tapi satu pun tidak dibalas.Adoyai...Bisu ker dia ni?..humm...Tidak mengapa,bak kata orang tua2 "berakit-rakit kehulu,berenang-renang ketepian, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian".Nampak sangat la awek ni susah hendak dingorat pun.

      Aku terus berusaha bagi mendapatkan sidia ini.Aku bersiul dekat dia dengan perbagai alunan lagu.Aku siulkan alunan lagu cinta Muka Buku.Sekali dia tersenyum mendengar siulan aku itu.humm...ada peluang la ni.Tapi kali ini dia datang dekat dengan aku sehingga aku rasa seram sejuk jer.Apa dia nak buat ni?.Makin dekat dia hampiri aku sehingga aku betol-betol tidak sedap hati. Memandangkan sidia sudah menghampiri aku.Aku pun turun la kebawah untuk mendekati dia.Tiba-tiba ia cuba memakan aku.Ahhhh...lari2...aku ingatkan ia nak memberi kiss..Tapi nak makan aku rupanya....habis sayap aku telah koyak disebabkan digigit oleh Si dia..hummm....sampai hati...

siapa aku?Aku ialah seekor burung kembala kerbau..
siapa sidia?Rupanya si burung ini jatuh hati pada Seekor.....



meoww




Si burung gembala Kerbau.


Maaf la..sebab aku menulis sesuatu yang mengarut..Bila jiwer kelajuan dalam kebosanan,maka berlaku satu perkar yang mengarut seperti ini...haha...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...