Jom Baca

Sunday 25 March 2012

Bercerita Tentang Jodoh


SALAM Pictures, Images and Photos 

Rocky balboa suka gadoh
Gadoh berebut awek lama
Jangan dirisau pasal jodoh
Suatu masa pasti menjelma


3 jenis Jodoh:

1) JODOH DARI SYAITAN 
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.
2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.
3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.

 

Hayati Kata-kata Ini Semua:

"Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa?? Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa?? Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang... Kenapa?? Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa?? Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI." 

"Dalam menjalin hubungan sesama manusia, terkadang kita penat memilih untuk mencari persamaan. Tetapi sebilangan mereka yang bijak...tidak perlu bersusah payah mencari persamaan andainya boleh berbahagia dengan perbezaan. Jangan jadikan titik perbezaan sebagai konflik, tapi sinergikan perbezaan kita." 

"Apa-apa pun kita berbalik pada jodoh. Selama mana kau dan dia bercinta, kalau tak diizinkan untuk bersatu, cinta kau hanya cinta sia-sia. Sekuat mana kau cintakan kekasih kau, kalau tak diizinkan mencintainya selepas halal, cinta kau cinta sia-sia. Sejujur mana kau cintakan kekasih kau, jujur lagi Allah dalam menetapkan yg terbaik untuk kau. Ya, jodoh datang tak diduga. Mungkin esok, mungkin lusa kita tak tahu. Bila tiba, jangan lupa alhamdulillah. Andai lambat, senyum. Andai tiada, redha." 

Jodoh Itu Rahsia Allah


"Jodoh itu rahsia Allah SWT..
SEKUAT mana kita setia...
SEHEBAT mana kita merancang....
SELAMA mana kita menunggu....
SEKERAS mana kita bersabar....
SEJUJUR mana kita menerima bakal pasangan kita...
SEJAUH mana kita menolak.....
Jika ALLAH SWT Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama Si Dia..
Jika Allah SWT telah takdirkan kita bersama Si Dia....
Jodoh itu Allah yang tentukan.
Bukan Kita Bukan Si Dia juga Bukan Sesiapa.. 



Ciri Lelaki Idaman"

1. KAYA lelaki kerana AKHLAK mahmudah
2. TAMPAN lelaki kerana KEJERNIHAN wajah
3. MANIS lelaki kerana SENYUMAN indah dengan niat sedekah
4. TINGGI lelaki kerana KESEDERHANAAN
5. HEBAT lelaki kerana KESABARAN
6. Dan MULIA lelaki kerana KEIMANAN yang TEGUH! 



Siapa Wanita Cantik?

Wanita cantik ialah:
1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi… 


"Jangan cintai seseorang setinggi langit, karena langit bisa runtuh…Jangan cintai seseorang sedalam lautan, karena lautan bisa surut…Jangan cintai seseorang sebesar dunia, karena dunia bisa hancur. Cukup cintai seseorang seujung kuku, walau kecil, walau selalu dipotong, ia akan selalu tumbuh…" 

Yang Dicari:

✿Yang dicari walau bukan puteri raja, biarlah puteri agama.
✿Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
✿yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati. 
✿Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
✿Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, aku redha ketetapan Ilahi. 


Doa Buat Si Dia Yang Pernah Dicintai:


"Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu." 


Bakal isteri Gua!
(just for fun)

1) Seorang wanita-mesti la nak wanita kan..xkan la nak kawin dengan lelaki.Tapi wanita yang dimaksudkan iaitu mempunyai  ciri-ciri wanita.Bukan ganas..

2) Beragama islam-kalau bukan islam pun pe salahnya.Tapi aku belum cukup ilmu agama nak membimbing orang.Tapi bukan setakat beragama islam,dia mesti melaksanakan ilmu agama yang dia miliki itu serta boleh berkongsi ilmu dengan aku.

3) Rupa-paras-Aku tidak memilih sangat pasal rupa paras.Pada aku semua orang cantik.Tapi cukup sekadar sedap mata memandang.Lebih bagus kalau muka dia boleh buat aku sejuk bila memandangnya.Hilang rasa nak marah.

4) Hormat & menyayangi-menghormati &menyayangi aku sebagai dan keluarga terutamanya Mak.Aku hanya ada mak aku je.I love my Mom.Kita kene same2 menjga mak kita..BOleh?

5) Memasak-Mesti la kene pandai memasak.Jimat la duit aku nanti.X payah pergi makan kat luar.Masak gulai..perghh...sedap..

6) Sopan-sopan dalam semua aspek terutamnya dalam pergaulannya.Yang paling utama bila berbicaradengan aku la.hehe..

7) Tidak berpura-pura-Tunjukkan sikap yang sebenar.Jangan depan kita jer nampak baik.Belakang kita hampeh.

8) Senyuman yang menawan-wah..yang ni aku tak tahu nak nilai sangat.Pada aku semua orang senyum menawan.But bila dah sayang senyuman tuh jadi makin menawan buat kita.

9) Pandai Ambil hati-kalau hati aku kene ambil so tidak ada hati la nanti..sebenarnya dia mesti pandai menjaga dan memujuk aku dan tahu apa yang aku suka serta yang aku tidak suka.

10) Terima aku seadanya-terima kelemahan  dan kekurangan serta dapat memberi nasihat yang berguna.

11) Romantik-wah..suka benda-benda yang romantik.lagu yang slow-slow dan tenang.

12) Bekerja-aku nak dia pun bekerja.Lau boleh t aku buka kedai then dia bekerja bersama aku.Wah..so nice.

13) Minat melancong-Kalau ditakdirkan aku kewangan aku kukuh pada masa mendatang.Aku nak melancong banyak tempat.(macam banyak duit jer)

14) Perangai gila-gila cikit-bukannya gila.Tapi de perangai yang lain yang boleh buat aku tertarik.

Ada banyak lagi.Kalau boleh nak jer tulis semua.Tapi semua ni macam tidak penting jer kan.Setiap orang ada ciri-ciri yang dia suka tersendiri.Ala ni semua just pe kita rancang tapi Tuhan yang menentukan kan?..


Ini Yang Penting!

"Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji,perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik,Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri,maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki.."  

Oleh itu kita perlulah memperbaiki segala kelemahan yang kita ada.Berubah menjadi orang yang lebih baik. Boleh ker aku memimpin seorang wanita nanti?boleh ker aku menjadi ketua keluarga yang baik?Tepuk dada tanya iman.Tapi buat masa sekarang aku belum cukup baik untuk mendapat wanita yang baik.Kita perlu banyak bermotivasikan diri dalam kehidupan kita ini.Yakinlah yang Cinta akan datang pada bila-bila masa dan kita perlu bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku.


Thursday 22 March 2012

Berborak style orang zaman dulu kala...


 

Satu pertarungan sengit telah pun berlaku pada satu abad yang lalu..Ini semua berlaku kerana seorang wanita yang bergelar akak keling telah mencabar adik keling untuk berpantun didalam Facebook.Tapi pertarungan menjadi menarik apabila akak keling banyak idea dan telah mewujudkan pantun yang sungguh menarik membuatkan aku tertarik untuk aplikasikan pantun dialog berbalas pantun itu kedalam blog aku ini.Akak?hehe...Akak yang lagi muda dari adik..tapi tidak mengapa.Aku pun muda lagi...Perkara ini telah berlaku berabad tahun yang lalu iaitu pada tahun 16 March 1990 yang lalu..Tapi baru sekarang aku teringat untuk menulis balik sesi berbalas pantun itu.Walaupun pantun kami tidak seberapa.Tapi bukan mudah hendak mencari perbualan yang diaplikasikan kedalam bentuk pantun seperti ini.Nanti boleh la kita tukar cara berborak kita semua kedalam bentuk pantun,puisi,sajak dan sebagainya.,..haha...Thanks to Laila kerana sudi berpantun dengan adik ko ni...


 


Hayatilah Dialog berbalas Pantun


Mohd Faizul Abd RahMan:
Kesian bola kene baling
Main bowling bukannya mudah
Terima kasih wahai akak keling
Jasa akak akan dikenang

Laila Nahar:
 Anak kera panjat pokok kelapa~
Pokok kelapa milik mak kita~
Ape akak buat x seberapa~
Asal kan janji tadi adik kota~ 

Mohd Faizul Abd RahMan: 
Keling gali kehilangan bapa
Hidup dia rasa merana
Walaupun ia tidak seberapa
Tapi ia sgt bermakna 

Laila Nahar: 
Malas dh aku wat pntun,,lmbt gler~~
Malam2 makan maggi pama~
Maggi di beli di kedai nana~
Susah senang kene bersama~
Itu la namenye kawan berguna~ 

Mohd Faizul Abd RahMan: amboi...makan maggi pama yer...haha
Lecture pesan kepada kita,
Janganlah selalu makan maggi!,
Kalau begitu akak berkata,
Terima kasih sekali lagi... 

Laila Nahar: hahaha,,dh kli nie x nk buat pntun dh,,,kau buat kjp gler,aku buat bpk lme~~hahaha 

Mohd Faizul Abd RahMan: lame2 t ok la tuh....hee
Kita berakit-rakit kehulu
Berenang-renang dan melompat
Berlambat-lambat lah dahulu
Barulah nanti menjadi cepat
 

Laila Nahar: tengok tuh,,,,dah la,,,x yah nak berpantun sangat~~
Kecik2 makan coklat nini~
Makan dekat pokok bakau~
Migrain kembali mlm ni~
Akibat berbalas pantun ngn kau~
 

Mohd Faizul Abd RahMan: tu ok jer..:
Lampu ict sangt menarik
Memang best duduk disini
Pantun ko makin manarik
Kalah la aku kali ini
 

Laila Nahar: lagi nak ok~~
Rambut aku kene tarik~
Kene tarik degan tali~
Betol ke makin menarik~
Atau kau hanya memerli~~
 

Mohd Faizul Abd RahMan: tgok..dh ljukn..
Kalau hendak tunjuk talent
Masuklah pertandingan bintang remaja
Memang betol sangat excellent
Aku rase sangat teruja
 

Laila Nahar: yela tuh,,penipu~~
Seberang sungai naek rakit~
Naek rakit ade duri~
Kepala aku btol dah sakit~
Mintk izin nak undur diri~
 

Mohd Faizul Abd RahMan: btol la ak ckp...
Punck alam banyak bukit
Kalau suka datanglah kemari
Btol ker kepala sakit?
Entah2 ko nak lari
 

Laila Nahar: btol la aku skit kepala~~
Saye memang budak tembam~
Budak tembam tp cute kan~
Tidur lambat mate lebam~
X salah aku nak tidow dlu kan??
 

Mohd Faizul Abd RahMan: ok..g tdo..
Masuk hospital sebab lelah
Dalam hospital tengok kartun
Tidur itu tidak salah
Tapi belum puas berbalas pantun
 

Laila Nahar: okaiy,,,thnkz adik keling~~
Tv9 ade cite sutun~
Cite tu suke sambung-sambung~
Kalau dah gian nak balas pantun~
Esok pulak kite sambung~
 

Mohd Faizul Abd RahMan :
Lepas makan basuhlah tangan
Baru la kita sihat selamanya
Tiap yang putus Mesti ade sambungan
Akan kutunggu sambungnnya
 

Laila Nahar: hahaha,,on9 balik~~
pasar mlm ari selasa~
dekat degan bandar kuala~
tempat dan mse mcm biasa~
esk kte repeat semula~
 

Mohd Faizul Abd RahMan: cakap nak out..
Masak nasi jangan letak cuka
Nanti cepat jadi basi
Repeat memang aku suka
Lagi elok ambik intersesi
 


Tuesday 6 March 2012

Perasaan yang perlu kita hadapi!


SALAM Pictures, Images and Photos


Jangan bermain hati dan perasaan
Kerana kita yang menanggunnya
Manusia diberi pelbagai perasaan
Kita perlu pandai menggunakannya


Apa perasaan aku sekarang ini??





1) Gembira

Kegembiraan adalah sesuatu yang semua orang mahukan.Indahnya hidup jika kita dapat gembira buat selamanya.Hidup dalam gelak ketawa.Hidup dalam ketenangan.Hidup dalam keriangan.Tapi kita berada diatas sebuah roda kehidupan.Kita yang memutarkan roda tersebut tapi Tuhan yang menentukan dimanakah roda tersebut akan berhenti.Itu hanya pada pandangan aku sahaja.So kita cuba buat diri gembira kerana kita perlu teruskan kehidupan walau apa pun yang berlaku.Smile always.











2) Gelisah/kebimbangan

Kegelisahan suatu perasaan yang sangat membimbangkan kita.Kita gelisah dengan diri kita.Gelisah dengan apa yang akan berlaku pada diri kita nanti.Gelisah jika kita tidak mecapai kejayaaan didunia dan di akhirat.Tapi bagi remaja dan manusia yang berjiwa muda semestinya tidak lepas dari kegelisahan dalam percintaan.Adakah aku akan dapat cinta yang sejati?aku cintakan dia tapi adakah aku dijodohkan dengan si dia?wah bermacam-macam perkara kita bimbangkan didalam dunia ini.Tapi kita sebagai manusia perlu kuat untuk menempuhi perasaan seperti ini.Kita perlukan kekuatan.






3) Takot

Perasaan takot ini semestinya semua orang akan bayangkan yang seperti ini "takot pada hantu" "takot pada manusia"  Itu juga akan ada dalam diri kita tapi itu tidak la terlalu menguasai diri kita.Yang kita takotkan ialah takot pada apa kan terjadi pada kita nanti.Takot akan Allah..Takot jika amalan kita nanti tidak diterima oleh Allah dan takot jika dosa kita tidak diampunkan.Tapi aku lagi takot jika aku menjadi manusia yang menyusahkan orang lain terutama keluarga aku.







4) Benci

Perasaan benci ini suatu yang perlu kita hakis dari diri kita.Perlu kita buang sejauh yang mungkin dari jiwa kita ini.Kita perlukan perasaan benci  tapi benci itu biarlah kita benci akan melakukan dosa.Benci akan musuh Allah.Tapi kita perlu buang perasaan benci kepada sesama kita.Kita perlu memaafkan setiap kesalahan orang.Biarlah apapun orang lakukan pada kita.Kita mestilah memafkan kesalahan orang.Tapi perkara itu kadang-kadang menjadi sesuatu yang sangat susah untuk kita lakukan.Mulai hari ini jadilah kita manusia yang memaafkan kesalahan orang lain.Buanglah perasaan benci.Hidup dalam keamanan. :)













5) Sedih

Bila gembira mesti ada sedih.Tidak semua orang akan selalu gembira.Maybe kita gembira disini tapi adakah kita akan gembira diakhirat nanti?Sedih sentiasa menghantui diri kita.Kadang-kadang kita terasa hendak menangis dan mengalirkan air mata.Tapi aku tidak benarkan air mata aku mengalir didepan orang lain.Aku cuba menahan diri supaya ia tidak keluar dari sarangnya.Disaat aku kehilangan Orang yang sangat aku sayang iaitu Arwah ayahku,airmata ini mengalir tapi aku tahan diri ini supaya kuat kerana aku hendak kuat didepan familyku terutamanya mak aku.Tapi bila keseorangan hanya Tuhan yang tahu.Tapi kita perlu bersyukur disebabkan kita diberi pelbagai dugaan kehidupan supaya kita menjadi kuat dan tabah.Begitu juga didalam pengajian aku ini.Begitu banyak dugaan perlu aku tempuhi.Tapi aku kene tempuhi kerana aku yang membuatkan diri aku menjadi begini dan aku yang memilih jalan ini....Be strong!



















Walau apapun perasaan kita ketika ini.Kita perlu kuatkan semangat dan selalu memuhasabah diri supaya kita tidak melakukan sesuatu yang salah bila kita dihimpit kesusahan.This for renungan buat jiwer kelajuan.


Monday 5 March 2012

Sekolah Rendah Penuh Keriangan...


Cantik sungguh pakai jubah
Nampak ayu dan juga selesa
Zaman kini kian berubah
Semakin hari semakin dewasa


Sekolah rendah adalah tempat yang sungguh melucukan buat kita.Banyak perkara telah terjadi..dan itu semua ialah kenangan terindah...


Perkara yang selalu dibuat semasa Sekolah Rendah:

1) Membuat kapal terbang kertas,jet kertas,dan macam-macam lagi oligami la kitorang buat.Masa sekolah kan semua orang kretif.Darjah 6 aku kene denda makan jet kertas yag aku buat disebabkan kitorang buat bersepah kat luar bangunan sekolah...


  




2) Darjah 4 aku meniaga didalam kelas.Menjual gula-gula,asam masin,dan kerepek untuk kawan-kawan.Time ni duit masuk jer..Boleh la dibuat untuk simpanan dan perbelanjaan...


3) Bermain permainan yang sangat digemari ramai iaitu bermain perlawanan pemadam.Sayang nak guna pemadam untuk memadam.Perlbagai jenis koleksi pemadam disimpan sehingga kotak pencil penuh dengan pemadam jerkk..Kalau kalah orang yang menang itu akan mengambil pemadam kita dan menjadi hak milik diorang..huuhuu..


 


4) Sesi bercerita mengenai cerita kartun yang sedang hangat dipasaran masa itu.Dragon ball, power ranger, robot kot, thundercat, ninja turtles dan macam-macam lagi..Sanggup ponteng sekolah semata-mata hendak tengok cerita dragon ball.


 


5) Tiru aksi-aksi gusti yang menarik dalam WWE dan WWF.Masa itu yang sangat terkenal ialah The Rock Dan Stone Cold.Apa lagi fight la cara diorang...





6) Suntikan BCG sangat ditakuti oleh semua budak-budak masa itu.Apa yang tak takutnya dah la senior selalu  cerita yang bukan-bukan."dik, BCG nih boleh sebabkan tangan adik bengkak dan xboleh gerak."Wah takotnya sampai ada budak pompuan yang muntah masa nak kene inject.


7) RMT...erm tau x apa itu RMT?RMT tuh rancangan makanan tambahan yang diberikan kepada pelajar. makan free la jawabnya.selalu dapat susu free...huhu


8) Salesmen..time sekolah dulu ada jer orang datang menjual buku-buku mereka.Nak beli buku kene tulis nama kat kertas yang telah diberikan..Tanda je nak beli buku yang mana satu.


9) SUSU.Wah dulu kalau datang je musim penjualan susu mesti ada Van susu yang datang kedalam sekolah.Nak-nak jualan air Vitagen.Nak berapa?just tanda jer kt kertas then pergi bayar kat abang yg jual tuh.Famous tau air nih..Tapi aku paling suka bila Van milo datang.Dapat la milo free..





10) Kesihatan kita dijaga..Wah..untung la..Pemeriksaan gigi mesti akan selalu diadakan.Tapi yang ni la budak-budak tidak mahu sangat..asyik lari jer bila tiba time pemeriksaan gigi..Takot kene cabut la..apa la...haha





11) Kene rotan.Lama dah rasanya tidak kene rotan.Syoknya bila kena rotan.Nak-nak bila kena didepan perhimpunan..wah..famous lah..


12) Program NILAM.Urm ingat lagi tak program NILAM?NILAM ialah Nadi ILmu Amalan Membaca. Program ni untuk kita membaca buku-buku yang ada dalam perpustakaan.Semua orang kena buat.Erm. tapi tidak payah nak buat sangat la.Just tiru kawan-kawan yang dah buat dah la..Nak lagi senang just baca sinopsis kat belakang buku jer.hahha





13) Kutip Sampah.Denda paling syok ialah bila kena kutip sampah.Nak-nak bila kita tidak pakai baju sukan time PJK.hurm memang kutip sampah la kerjanya.Satu padang kami bersihkan...


14) Berperang pistol manik time sekolah..Nih agak merbahaya..jangan tiru aksi ini...


Banyak lagi kenangan dizaman sekolah rendah dulu tapi memori kita ni bukan la kuat sangat..Sekejap ingat sekejap dah lupa.... 



Hilang buku jangan kecewa
Pergi la jumpa tuan penyelia
Sekolah rendah pembentuk jiwa
Menjadi insan berhati mulia



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...