Jom Baca

Friday 20 January 2012

Masa

Assalamualaikum...

Masa berlalu begitu
 cepat.Siang berganti malam.
Tapi sekarang ni dah pukul 5.30am.
So malam berganti siang sudah la ni.
Rasanya baru sekejap tadi aku balik dari kelas.
Baru sekejap tadi aku lepak-lepak dengan kawan-kawan.
Pantasnya masa.Dah boleh mengalahkan kelajuan kereta
 Ferrari,F1 and motor Gp.Eh,ape aku buat bila aku tidak 
tidur yer?entah la..Tapi kita perlu menghabiskan masa
dengan perkara yang bermanfaat seperti 
yang dinyatakan dalam Surah
AL-Asyr dibawah ni:


"Demi masa,Sesungguhnya manusia dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran"
(surah: AL-Asyr ayat 1-3)

Cakap mengenai masa ni.
jom hayati Pantun yang menarik ni..


Pantun Masa


Rumpun buluh tumbuhnya rapat,
Pokoknya tinggi, sejuk dan redup,
Ada masa elok dimanfaat,
kelak menyesal seumur hidup.

Tumbuh tinggi pohon ketapang,
Daunnya lebat, dahannya teguh,
Ingat sibuk ketika lapang,
Kerja yang ada jangan ditangguh.

Petang petang mereneh halia,
Untuk diminum bujang dan dara,
Tepati masa amalan mulia,
Orang senang, hati gembira.

Bungkus nasi dengan palas,
Disusun elok di atas meja,
Buang segera sifat malas,
Lekas bangkit, terus bekerja.

Pergi ke pekan membeli laksa,
Rasanya masin, kuahnya jalang,
bila manusia hargai masa,
Negara maju rakyat cemerlang.





Senyum sokmo :)

Tuesday 10 January 2012

Pantun dan Kenangan Dulu-Dulu

Assalamualaikum....

Selamat Tahun Baru kepada semua ..Kali ini saya ingin bercerita mengenai pantun dan kehidupan dulu..kenapa saya meletakkan pantun disetiap post2 saya?

-Pantun ni sesuatu yang menarik
-Memartabatkan pantun..menghargai keistimewaan yang kita miliki iaitu pantun...
-Cuba mencipta pantun sendiri walaupun tidak menjadi dan tidak menarik...


Zaman Dulu2ku

Pantun sebenarnya sesuatu yang indah..indah dari segi ayat-ayatnya,indah maksudnya dan indah cara nak menyampaikannya.Pantun digunakan sejak zaman nenek moyang kita lagi..Masih boleh dibayangkn lagi saat-saat Arwah nenek saya mengalunkan pantun kepada saya.cukup menarik..Masa tu saya msih kecil kalau tidak silap la saya baru darjah satu atau dua..Tapi saya menjadi tertarik sangat..Hampir setiap hari juga saya habiskn masa dengan arwah nenek.Orang lame2 sebenarnya banyak ilmu.Banyak benda yang diorang tahu..Pantun,puisi,cerita-cerita dongeng,cerita-cerita Nabi,lagu-lagu rakyat,lagu2 kanak-kanak dan banyak lagi..Macam mana la diorang boleh ingat semua tu kan?sangat menarik..Tapi sayang aku dah banyak lupa semua itu.Macam mana nanti lau aku dah ada nak atau cucu..Tak akan la aku nak cerita mengenai facebook,mengenai gosip-gosip artis,mengenai hiburan yang melampau.

Oh apa akan jadi pada budak-budak pada masa akan datang yer?Boleh ker Martabat orang melayu terus terbela..Boleh ker harta pusaka melayu ni berada dihati orang-orang kita.Sekrang pun kita boleh  tengok banyak perubahan.Tapi walau macam mana pun aku bersyukur sebab aku sempat melalui semua itu dulu.Aku sempat merasa kehidupan tanpa hiburan melampau.Syukur sebab aku sempat merasa tidak terdedah kepada penipuan dunia yang seperti aku lalui sekarang ni..Bestnya waktu dulu-dulu.Tiada TV,Tiada dapur Gas,Tiada Motosikal,Tiada kereta,nak makan makanan segera dan ringan pun jarang.Owh bertuahnaya kehidupan dulu.Teringat lagi kenangan dulu-dulu.Nak kemana-mana mesti menaiki basikal.Mak Dan Ayah aku naik basikal untuk ketempat kerja..Mak aku sampai sekarang masih menaiki basikal untuk ketempat kerja dan kemana sahaja dia hendak pergi.Itu adalah kenderaan rasmi diorang.Tidak pernah mengenal erti penat.Aku bangga ada mak dan ayah macam diorang.Bersyukur sangat.

Teringat lagi dulu yang aku sentiasa pergi ker kebun sayur Arwah ayah yang hanya terletak dibelakang rumah.Pelbagai jenis sayuran yang ditanamnya.Kitorang sentiasa menghabiskan masa membantu arwah ayah(kadang-kadang merosakkan tanaman de la..).Petang-petang mesti duduk dekat pondok yang dibuat oleh arwah ayah kat kebun tu.Makan-makan dekat situ.Sungguh menarik.Kat kebun tu jugak la aku dan kawan-kawan main macam-mcam kat situ sperti polis entry,layang-layang(WAU),Tengnusuk,tangkap ikan sekila,dan macam-macam lagi.Memang kehidupan kampung la.Sebab kitorang main kat situ la maka jadinya kerosakan pada pokok2 yang ditanam..haha..kitorang kan suka kena marah.Budak degil la katakan..


Bersambung(dah mengantuk)....



Jom tengok contoh Pantun..





Pengat pisang diambil dihulu
senang dimakan dipulau indah
ingatlah selalu kenangan dahulu
kenangan dulu cukup indah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...