Jom Baca

Monday, 2 April 2012

Cerita aku ingin mengorat....



Pantun pembuka cerita gua:
Panglima perang makan betik
Betik ialah rahsia nampak menawan
Mata kamu sungguh cantik
Sekali pandang sudah tertawan


Hari in aku merayap ke suatu tempat,Pemandangan ia sungguh menarik sehingga tidak terkata.Tidak terkeluar satu perkataan pun dari mulut aku ni.Aku cuba hendak mengatakan sesuatu kepada manusia yang berada berdekatan dengan aku,tapi sayang semuanya hanya memandang aku sahaja.Mungkin aku ni mempunyai daya tarikan untuk mereka kot.Aku memandang sekeliling aku kelihatan lembu-lembu sedang mencari makan dipadang yang indah itu,Aku apa lagi,pergi la melakukan aktiviti yang paling aku suka iaitu berdiri diatas lembu itu.Beraninya aku ni kan.Alah,setakat lembu tu tidak dapat berbuat apa-apa pada aku yang kuat ni.Lau lembu tu cuba melakukan sesuatu ,maknanya aku cabut lari la apa lagi.

      Aku ni pemalas sebenarnya.Malas giler nak bergerak.Lebih baik aku duduk jer kat situ untuk mencuci mata dan usya aweks2 yang ada dekat situ.Maklumlah aku kan jantan rebutan semua orang.Kenyit mata jer mesti ada awek yang lari punyer.haha.. Tapi ada la satu awek ni datang dekat dengan aku.Alamak!Segan pula rasanaya.Humm.. "hai awak"ujarku dari jauh."awak nama apa?" " boleh kita kenal" "no fon ada ker tidak?"..wah..banyak giler soalan yang aku lemparkan kepada sidia.Tapi satu pun tidak dibalas.Adoyai...Bisu ker dia ni?..humm...Tidak mengapa,bak kata orang tua2 "berakit-rakit kehulu,berenang-renang ketepian, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian".Nampak sangat la awek ni susah hendak dingorat pun.

      Aku terus berusaha bagi mendapatkan sidia ini.Aku bersiul dekat dia dengan perbagai alunan lagu.Aku siulkan alunan lagu cinta Muka Buku.Sekali dia tersenyum mendengar siulan aku itu.humm...ada peluang la ni.Tapi kali ini dia datang dekat dengan aku sehingga aku rasa seram sejuk jer.Apa dia nak buat ni?.Makin dekat dia hampiri aku sehingga aku betol-betol tidak sedap hati. Memandangkan sidia sudah menghampiri aku.Aku pun turun la kebawah untuk mendekati dia.Tiba-tiba ia cuba memakan aku.Ahhhh...lari2...aku ingatkan ia nak memberi kiss..Tapi nak makan aku rupanya....habis sayap aku telah koyak disebabkan digigit oleh Si dia..hummm....sampai hati...

siapa aku?Aku ialah seekor burung kembala kerbau..
siapa sidia?Rupanya si burung ini jatuh hati pada Seekor.....



meoww




Si burung gembala Kerbau.


Maaf la..sebab aku menulis sesuatu yang mengarut..Bila jiwer kelajuan dalam kebosanan,maka berlaku satu perkar yang mengarut seperti ini...haha...



1 comment:

  1. youtube.com - Videoslots - Videoslots.cc
    youtube.com youtube.com youtube.com youtube.com YouTube: Videoslots Videoslots Videoslots Videoslots Videoslots Videoslots Videoslots Videoslots Videoslots Videoslots Videoslots Videoslots Videoslots Videoslots Videoslots youtube to mp3 convertor Videoslots Videoslots Videoslots Videoslots Videoslots Videoslots Videoslots Videoslots Videoslots Videoslots Videoslots

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...