Pantun Pembuka Tirai
Kalau takot jiwa tertekan
pergilah kita ketempat nyaman
Salam sejahtera aku ucapkan
Mulakan hari dengan senyuman
Hari ini goreng ikan
esok pula goreng beruan
Hari-hari kita makan
Kerana makan Suatu keperluan
Semua orang mesti pernah hidup bujang kan?Hidup yang dimaksudkan ialah jauh dari orang yang kita sayang iaitu keluarga kita.Mesti la ramai yang dah laluinya pun adoi kan.Hari ini aku hendak menyatakan mengenai apa yang anda makan bila anda duduk dalam lingkungan kawan-kawan anda sahaja.Mari kita tengok apa yang kita selalu makan diwaktu berada jauh dari keluarga.
Makanan Harian Anda:
1) Makan Makanan Dikedai.
Urm.ini sudah semestinyakan.Jika tempat anda belajar tu tiada dapur untuk memasak.Hari-hari makan dekat cafe.Naik bosan dah agaknya orang cafe tu tengok muka anda.
Menu harian:
Nasi + Ayam + Gulai kari santapan harian.
Nasi goreng la bro.
Roti canai pun ok.
Laksa pinang mai.
Waffle tidak kenyang pun aku makan.
Macam-macam lagi la bro mengikut selera anda.
Ada duit ada la makanan.haha
2) Makan Masakan sendiri.
ini untuk orang yang ada dapur dirumah bujangnya itu.Seperti aku sekarang la.Nasib baik la ada dapur dekat rumah sewa aku ini.Belehlah kitorang memasak resepi yang best-best dan lagi best dari masakan dikedai makan.Kalau hendak masak kita perlukan barang-barang masakan.Oleh itu kita perlu berkongsi kewangan untuk membeli barang masak.Beli untuk seminggu terus la.Tapi tidak sampai seminggu,semua dah kering sumber makanan tuh.haha..Kuat makan betol la.
Menu harian:
Nasi goreng terengganu la apa lagi.
Nasi goreng sardin menawan kalbu.
Mee goreng orang bujang.
Nasi + Sardin istimewa budak sarawak.
Sayur kobis senyuman indah.
Sayur kacang panjang kenyit mata.
Menu istimewa:
Tom Yam Budak sarawak tom tom bak.
Sup ayam berkaki orang klang gelak ketawa.
Ayam goreng ketunki budak sarawak senyum selalu.
Ayam masak merah dahi berpeluh.
Hot dog masak sos daun terup.
Cengkodok/jemput-jemput hati riang.
Menu kekeringan Wang:
Nasi putih + kicap pekat hindustan.
Telor goereng ala-ala counter-strike.
Maggi rebus terrorist punyer.
Minuman Harian:
Air anggur sejuk geli hati.
Air teh dehydration.
Air teh o muka berseri.
Air kopi o tidak tidur malam.
Air kopi pekat arak asli.
Air Susu manis kencing manis.
3) Makanan ringan-ringan.
Makanan ringan ni sebenarnya tidak elok untuk kesihatan.Tapi makanan ringan yang kitorang makan ni baik untuk kesihatan.Makanan yang boleh buat alas perut dan kadang-kadang jadi alals kaki juga.haha.
Menu makanan ringan: Biskut kering sayur-sayuran indah rupa dari khabar.
Biskut gula tambah insulin.
Roti Kosong cicah air kenangan terindah.
Macam mana dengan senarai makanan harian yang aku pernah lalui itu.Mesti korang pernah lalui semua itu kan?Ada banyak lagi menu lain tapi aku kadang-kadang ingat-ingat lupa.Biasa la bila umur sudah meningkat.Begitu la jadinya.Tapi masakan kitorang memang sedap sehingga tidak terkeluar kata-kata dari mulut kitorang bila kitorang memakannya.Kita semua kena pandai berjimat cermat dalam memenuhi kehendak perut anda itu.Lebih baik anda penuhi keperluan anda dahulu daripada anda memenuhi kehendak perut anda.Keperluan ialah benda yang perlu dan mesti kita lakukan dulu untuk diri kita.Kehendak ialah benda yang menjadi tambahan dan berdasarkan nafsu kita.Cewah.Pepandai jer jiwer kelajuan ni.Ok la.Masa sangat menceburui aku.Selamat beramal dan selamat Hari Raya.Eh.salah.Selamat berjaya la dalam hidup anda semua. :)
Cuaca sekarang nampak redup
tapi baju baru dijemurkan?
Makanlah kita selagi hidup
Hidup kita perlu makan
No comments:
Post a Comment