Salah ker jika kita menyimpan harapan yang tinggi menggunung?Salah ker jika kita berpura-pura gembira?salah ker kita simpan sedih seorang diri?Salah ker kita buat-buat seolah-olah benda itu tidak terjadi?Salah ker jika kita suka melakukan kesalahan?
Banyaknya persoalan yang muncul dalam minda aku ini.Sejak aku tahu semua itu hidup aku menjadi tidak tenang.Sehinggakan aku mula bercelaru.Tapi aku biarkan dulu perkara itu kerana aku perlu membuat ke[putusan yang terbaik buat diri aku ini.Betol ker terbaik.Rasanya tidak pernah aku buatt keputusan yang terbaik.
1) Salah ker jika kita menyimpan harapan yang tinggi menggunung?
Berbalik pada soalan menyimpan perasaan itu,aku sebenarnya memang melakukan kesilapan yang sangat-sangat besar kerana mengharapkan sesuatu yang sukar untuk aku kecapi.Ibarat mengapai bintang dilangit.Aku tidak mampu hendak membina kapal angkasa untuk sampai ke bintang tersebut walaupun telah cuba untuk membinanya.Begitulah diumpamakan dengan persoalan itu.
2) Salah ker jika kita berpura-pura gembira?
Kita selalu berpura-pura dalam kehidupan kita ini.Kadang-kadang kita tidak hiraukan akan diri kita sendiri.Kita mahu dilihat kuat dan hebat dimata orang.Tapi sebenarnya kita tidak mahu membuat orang lain merasa sedih dengan keadaan kita itu.So tidak salah untuk aku terus berpura-pura gembira dan ketawa.hahaha...
3) Salah ker kita simpan sedih seorang diri?
Kita ini adalah manusia biasa yang tidak lepas dari persaan sedih.Normal untuk kita menghadapi perasaan sedih.Tapi itu bergantung kepada kita untuk mengatasi perasaan tersebut.Ada orang akan menangis sepuas hati untuk hilangkan sedih itu.Itu kerana, air mata dapat mengurangkan keresahan dihati kita.Bukan bermaksud kita ini lemah bila mengalirkan air mata.Itu sebenarnya kita dalam proses menjadi seorang yang kuat untuk tempuhi segala dugaan.Tapi bagi lelaki kalau menangis mesti dikaitkan seorang yang manja.haha.Baik jangan menangis.Lagi elok pergi ker Hospital buat pembedahan buang air mata.haha..Ada orang yang akan menceritakan masalah mereka kepada orang lain untuk menghilangkan kesedihan.Itu adalah satu cara yang agak bagus.Ada juga orang akan simpan dan pendam kesedihan seorang diri.Ini yang hendak aku katakan sebenarnya.Kita anggap dengan memendam perasaan sedih kita itu,kita akan dapat mengatasi atau melupakan masalah ter sebut.Tapi sebenarnya kita sedang membentuk sesuatu masalah yang lain terhadap diri kita.Kita akan menjadi semakin tertekan.Oleh itu kita perlulah share masalah kita itu dengan orang boleh kita percaya.Tapi aku sebenarnya jenis yang susah hendak menceritakan masalah aku kerana aku tiadak mahu menyusahkan orang lain.
4) Salah ker kita buat-buat seolah-olah benda itu tidak terjadi?
Memang tidak salah jika kita anggap benda itu tidak pernah terjdi.Tapi kita perlulah mengambil pengajaran dari semua yang telah berlaku itu.Jadikan ia suatu batu lonjakan untuk kita menbina semangat baru.Jangan cepat berputus asa dalam kehidupan kita ini.
5) Salah ker jika kita suka melakukan kesalahan?
Alamak.Apa jenis soalan yang aku tanya ni.Diri aku ni memang pelik la.Suka bertanyakan soalan yang bukan-bukan.Tapi bagi tidak menhampakan diri sendiri, aku akan jawab jugak.Kesalahan itu suatu yang perlu kita elakkan.Tapi kalau kita tetap ingin lakukan kesalahan itu,kta anggap la kesalahan yang ingin kta lakukan itu adalah perkara yang betol bagi kita.hahaa..amacam.Teruk giler macam itu.
Indah sungguh bandar miri
Disini banyak patung binatang
Banyakkan bertanya pada diri
Moga diri menjadi matang
No comments:
Post a Comment