Jom Baca

Sunday, 29 April 2012

Cerita kedai kopi "Kegagalan"



Pantun Pembuka Cerita:
Tidak sabar jumpa si Melah
Kutunggu melah ditepi jeti
Mulakanlah cerita dengan Bismillah
Moga kita akan Diberkati

Salam satu malaysia wahai rakyat malaysia sekalian.Udah-udah la bergadoh sesama sendiri yer.Ingatlah bakti orang dulu-dulu yang memerdekakan Tanah air kita ni.Jangan nak merosakkan keamanan yer.Bincang elok-elok dan jangan gunakan kekerasan.Eh..Aku cerita mengenai apa pula ni.Bukan ini yang hendak aku cerita sebenar-benornya pun adoi ter pun.Tidak mengapa.Inikan blog ko wahai Mohd Faizul Abd Rahman,Maka dengan itu,tiada kesalahan pun untuk engkau hendak tulis apa-apa pun tapi jangan sampai menjadi isu-isu murahan pula sudah la.

It ok,it's all right.Mulakan cerita aku ini dengan satu cerita seorang pelajar uitm yang mengambil jurusan kejururawatan.Dia ini merupakan seorang pelajar yang baru sedar mengenai tugasnya sebagai seorang pelajr universiti.Oleh itu dia mulakan azam yang baru untuk berubah menjadi seorang pelajar yang rajin dan berdedikasi.Cewah.Bagus-bagus kerana still mempunyai azam untuk berjaya.Jangan sesekali biarkan hidup anda dirundung kecelaruan dan kegagalan.

Kegagalan?Wah,sakitnya hati bila dengar perkataan itu.Aku pasti yang bukan aku sahaja yang tidak menyukai perkataan itu.Korang-korang dan korang semua semestinya tidak sukakan kegagalan.Tapi ada orang cakap yang "Gagal sekali tidak bermakna kita akan Gagal lagi".Sejauh mana betolnya istilah itu?.Tapi aku tnegok Dia ni tidak pun mcam itu.Dia ni seolah-olah istilah macam ni "Gagal sekali tidak bermakna tidak gagal lagi".Oh apakah maksud semua ini?.Tapi dia ni ambil kegagalan itu sebagai suatu pengajaran dan pengalaman hidup.Tapi kan,berapa banyak pengalaman yang perlu dia kumpul untuk berjaya dalam hidup dia?

Adoi.Makin bertambah la pula persoalan yang aku wujudkan ini.Bukan aku ingin pertikaikan takdir.Tapi elok kita berfikiran positif "maybe dia ni belum cukup berusaha untuk mendapatkan kejayaan itu".Kalau macam itu,kita perlulah mencuba dan terus mencuba untuk berjaya.Jangan sesekali mengalah selagi ada hayat dikandung badan,so berjuanglah sehingga titisan darah yang terakhir wahai kawan.

Kekalkanlah azam mu itu,jangan biarkan kenangan lalu merosakkan semangatmu yang mula membara itu.Tapi kadang-kadang tidak semua dapat menguatkan dirinya dari menjadi lemah bukan.Mesti akan ada suatu ketika kita akan berfikirkan akan semua itu iaitu kegagalan yang kita hadapi itu.Jangan kita biarkan ianya terus menghantui jiwa kita ok.Sama-sama kita teruskan perjuangan kita ini walaupun berapa banyak dugaan dan cabaran sepanjang perjalanan kupasrah kuakur,tujuh lapan enam Alhamdulillah shyukur..Selamat Berjaya Wahai Kwan-kawan ku sekalian.


Pantun Penutup Cerita:
Penat sudah aku bercerita
Bercerita ini tanpa permintaan
Kegagalan suatu kekuatan kita
Kuatkanlah diri menempuh dugaan




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...