Jom Baca

Monday 27 February 2012

Baca ni dulu...

 SALAM Pictures, Images and Photos




Pantun Diwaktu Praktikal

******************
Bangun pagi gosok gigi
Gigi kuat macam pahat
Esok aku praktikal lagi
Moga esok dapat rehat
******************
Esok pergi batu pahat
Pergi cari pak lebai
Sambil parktikal sambil rehat
Tapi kerja tidak terabai
******************
Pergi kedai beli roti
Hendak bayar kene beratur
Ci kita baik hati
Semua benda telah diatur
******************
Kita suka naik kereta
Kereta myvi kereta siapa?
Kita serius time kerja
Tapi senyum jangan dilupa
*******************
Musuh datang jangan mundur
Cukup sekadar kenyit mata
Naik van sampai tertidur
Kerana letih tidak terkata
*******************
Princess Tecca belajar mengeja
Sambil belajar sambil mengata
Kalau penat setelah bekerja
Baik kita mencuci mata
********************
Ijat suka ikan pauh
Dapat tengok rasa lega
Kami semua budak jauh
Pergi KLCC rasa bangga
**********************
Jangan dilupa jasa baiknya
Kerana madam baik xterkata
Ambil gambar sudah semestinya
Kerana gambar kenangan kita
*********************
Dari terengganu sampai KL
Aku gembira hidup begini
Kalau korang pergi KL
Jangan lupa singgah sini
**********************










Sunday 26 February 2012

Kesukaan semua


Hati-hati bila berkata
Takot nanti tambah dosa
Buka mata pejam mata
Tiba-tiba kita dewasa

Baru semalam rasanya kita lalui zaman kanak-kanak.
Masih teringat-ingat lagi kenakalan sewaktu kita masih 
kanak-kanak.Pelbagai perkara telah kita lalui.Pelbagai
 perkara telah kita mencuba samaada perkara yang 
dibenarkan sehinggalah perkara yang dilarang.Itulah 
pengalaman semua orang diwaktu zaman kanak2 mereka.
Tapi kali ini aku teringatkan sesuatu yang aku selalu 
makan masa kecik-kecik dulu sampai la sekarang.Tapi
 sekarang dah jarang hendak jumpa benda tuh.Dulu 
selalu buat sendiri.Tidak susah untuk membuat benda
 itu.Senang sahaja.Siapa-siapa pun dapat buatnya.
Tapi disebabkan hendak cepat jadi tidak perlulah buat
 sendiri,cukup sekadar membeli dikedai sahaja.Senang 
dan murah.

Aiskrim sesuatu yang sangat diminati oleh semua orang.
Orang tua2 pun sama naik dengan budak-budak.Tidak
kira usia,kulit,bangsa dan agama la boleh dikatakan.Satu 
malaysia la minat aiskrim.Tapi sekarang dah diwarnai 
dengan pelbagai jenis aiskrim yang pelik-pelik yang sekadar 
mengaburi mata kita semua.Tapi apa-apa pun sedap dimata
dan juga sedap dilidah.

Ni la aiskrim yang aku cakap kan tuh...







Ni pula aiskrim yang menjadi kegilaan orang sekarang..





Budak-budak jilat jari
Pada jari ada maggi
Makan aiskrim hari-hari
Habis satu hendak lagi 

Tuesday 21 February 2012

Dia sudah Kembali Pulang



Semua mesti sudah mengenali Bintang terkenal Rocky Balboa.Filem Rocky Balboa sangat diminati oleh semua orang.Oleh kerana filem itu merupakan filem yang menampilkan semangat kesukanan dan perjuangan menruskan kehidupan.



Hari ini kita digemparkan dengan kemunculan kembali Rocky Balboa.Beliau telah dicabar oleh seseorang yang selama ini sangat meminatinya.Beliau telah menerima cabaran tersebut.Dan satu sidang akhbar telah dibuat bagi membincangkan tarikh yang sesuai untuk melaksanakan petarungan Rocky balboa VS peminatnya itu.Ileh kerana Peminatnya itu tidak dapat menghadirkan diri untuk pertarungan buat masa yang terdekat ini disebabkan oleh masalah beliau terpaksa menjalani sesi latihan praktikal bagi pelajaran beliau.Pertarungan akan diadakan apabila cuti semester bermula.




Berikut Maklumat Pertarungan:

Pertarungan: Rocky Balboa VS Iron of Meon
Tempat: Istana Budaya kuala Lumpur
Tarikh: Selepas Habis Praktikal=cuti semester





Inilah pencabar Rocky Balboa: Iron of Meon





Poster yang dibuat untuk mencari peminat yang tersendiri bagi mengalahkan Rocky Balboa




Jangan lupa.Saksikan Petarungan Hebat yang bakal menggegarkan otak anda.Pertandingan Pantun antara Rocky Balboa VS Iron of Meon





Aku selalu tumbuk paku
Tumbuk paku dengan tenang
Kalau rocky lawan aku
Sudah pasti aku menang


Thursday 16 February 2012

Lembu yang Menggunakan kemudahan Awam..



Jom kita tengok perbezaan antara dua gambar yang aku jumpa ni..


Gambar 1




Gambar 2

Lembu pun pandai nek jejantas..lawak-lawak..


semua orang mengejar masa
kejar masa dimasa muda
orang memberi kita merasa
Gunalah kita kemudahan yang ada


Wednesday 15 February 2012

Menaiplah Wahai Tangan

  



   Lama rasanya tidak menulis mengenai diri sendiri.Rasanya tidak perlu ditulis.Tapi lau tidak ditulis nanti rasa tidak puas hati pula.Maklumlah,Blog ni ibarat sebuah diari dialam serba modem ni.Tidak perlulah nak simpan diary yang panjang-panjang,yang tebal-tebal dalam buku tu.Sekarang teknologi telah mengubah segalanya.Pandai pula aku bab-bab teknologi ni.Semua oraang boleh pandai dalam bab teknologi ni.Just bergantung pada diri sendiri samaada nak explore or tidak.Siapa yang rajin dia yang dapat.So aku ni kurang rajin sikit nak explore2 ni.Just buat ikut gerak hati.Lagi senang.



   Sebanarnya,Hari ni aku rasa sangat tidak larat.Apa kene entah la dengan MOhd Faizul ni.Sihat pun susah tidur. Tidak sihat pun susah hendak tidur.Plik-plik.Dah tidak tahu nak buat macam mana lagi.Makan ubat batuk pun sudah.Ubat batuk tu sebenarnya disalah guna.Ia dijadikan flatform untuk aku senang tidur.Tapi kadang-kadang menjadi.Kadang-kadang tidak menjadi.Jangan sesekali amalkan perkara ini.Ni salah sama sekali.

   Jam dah pukul 2.40am.Tangan ni dari petang tadi lagi asyik mengeletar.Entah kenapa la aku pun tidak tahu.Dah macam orang parkinson dah.Kadang-kadang ok ,kadang-kadang tidak ok.Eh.berapa kali mau kadang-kadang la.Macam cerita P. Ramlee pula.Esok aku perlu bangun juga untuk pergi praktikal.Kalau tidak pergi "sehari tidak datang = 3 hari ganti praktikal".Wah menariknya.So, siapa-siapa rasa nak bekerja lebih tu boleh la ponteng praktikal.Seperti best jer dapat praktikal lebih dari orang.Bukan ssenang nak dapat tuh.Tu satu penghargaan.haha

Kau buat ku teruja
kau buat ku tertawa

terbit rasa tersembunyi beku
hingga rasa cemburu seperti
pasangan kekasih yang hangat bercinta

    Alunan lagu spider berulang kali bermain ditelinga ni.Tetapi gegendang telinga ni tidak pernah berasa penat mendengar lagu yang sama banyak kali.Walaupun lagu ni agak jiwang,tapi disebabkan rentak lagu ni slow dan menarik mambuatkan tangan ni repeat lagu ni.Maklumlah baru pernah dengar lagu ni hari ni.Biasa la seperti orang yang baru mendapat brang baru.masti nak habiskan masa dengan benda itu sahaja kan.Sehingga timbul rasa puas dan bosan.

    Sekarang bosan sudah menguasai diri.Bertemankan pokok keladi yang cantik disebelah aku ni.Aku sudah kebuntuan idea untuk melakukan aktiviti apa la.Kan tidak pasal-pasal aku makan pkok ni pula.Keroncong suda mula berdendang didalam perut aku ni.Nursing intervention yang terbaik ialah seeloknya aku mencuba untuk melelapkan mata yang dah mula layu seperti pkok yang tidak mendapat air dan cahaya matahari.


Sunday 12 February 2012

Mental lah!!



Alhamdulillah...Hari ini aku dapat juga untuk menunaikan hajat hati yang tidak kesampaian selama ini.Dah lama aku ingin menderma darah tapi tidak kesampaian.Macam best pula derma darah ni.Lain kali boleh la derma lagi.kalau ada hayat dikandung badan...cewah..

Hari ini aku sebenarnya hendak menulis mengenai Satu pantun yang dikarang semasa kelas Mental yang diadakan pada 1/2/2012 yang lalu.Masa ni kitorang sedang belajar mengenai therapy.
Wah..Bergelak sakan budak2 ni dalam kelas..Cik zam kan seorang lecture yang menceriakan...

ok... let's see the pantun...


Pantun Kelas Mental



Riuh Rendah Burung berkicau
Burung hinggap dipokok sena
Riuh rendah korang mengacau
Kacau aku hendah lena

Lena aku dibuai mimpi
Mimpi buat ketupat palas
Hendak berjaya jangan bertapi
Marilah kita hindari malas

Pesakit mental tengok kartun
sambil asyik kibar bendera
Bila bosan kutulis pantun
kerana pantun buatku gembira

Cik Zam nampak makin jelita
Jelita luaran dan juga jiwa
keihatan mental subjek kita
setiap masa bergelak ketawa

Bila gelak semua mengada
Gelak itu suatu petua
Semua orang perasan muda
Hakikatnya kita semakin tua

Rakyat malaysia hargai masa
masadibunag ditepi taman
Bila kita meningkat dewasa
Makin lama makin berpengalaman


Wednesday 8 February 2012

Kutulis untuk semua..


Hari ini mata aku tidak dapat dipejamkan..Tidak dapat nak dijinakkan supaya memejamkan mata dan menidurkan diri ini..Adoyai..Pagi nanti sudah hendak pergi praktikal.Bagi mengisi ruang masa yang ada ni.Lebih baik aku menaipkan pantun diblog aku ni.

Pantun ini dibuat semasa Test communicable disease..Maklumlah siap buat test awal.so baki masa sebelum menghantaar paper tu aku gunakan untuk membuat pantun yang tidak seberapa ni.(org lain sibuk membuat Test)haha..




Pantun Test Communicable Disease 


Dalam kelas berborak sakan
Borak tentang hati perasaan
Ujian telah kita mulakan
Harap kita dapat kejayaan

Beli nasi kedai Bedah
Bedah jual nasi padang
usaha sudah tawakal sudah
Jangan kecewa bila kecundang

Masuk hutan tangkap rusa
Rusa lari ketepi sawah
kita ini manusia biasa
kekadang diatas kekadang dibawah

Pagi-pagi pergi berenang
nampak buaya bersenang-lenang
Bukan senang hendak senang
Usaha dulu baru tenang

Makan ketupat dihari raya
Raya cina memang lama
Aku doakan korang berjaya
Moga menjadi jururawat ternama


Wednesday 1 February 2012

Pantun Kenangan Cinta


Hari ini inginku Sampaikan pesanan kepada diri sendiri dan juga insan-insan yang sedang berkasih atau ingin berkasih...Cinta adalah sesuatu yang sangat indah bagi kita.Tetapi cinta yang sebenar perlu hadir dari hati dan berkhir dengan sebuah mahligai impian iaitu perkahwinan.


Beberapa Renungan Bersama

"Ketika Cinta menyapamu,jangan silau dengan indahnya dia,
Tetapi lihatlah apakah cinta itu akan membuatmu semakin dekat kepada 
Allah atau tidak"
(Kitab Fursan Minit Tarikh)

"ingatlah,siapa yang menciptakan hati kita?
Yang menciptakan hati kita ialah ALLAH.ALLAH
yang berhak untuk menumbuhkan rasa Cinta dihati kita.
kita hanya berkhtiar mencari sosok dihati,dan Allah
 dengan kekuasaannya akan menambahkan
rasa CINTA"
(Buku Inspirasi Cinta Terhebat)

"Seseorang Tidak akan pernah mendapatkan manisnya iman
sehingga dia mencintai seseorang,tidak mencintai kecuali kerana ALLAH.
Sehingga dia dilemparkan kedalam api lebih dia sukai daripada kembali kepada
setelah ALLAH selamatkan dirinya dan sehingga ALLAH dan Rasulnya
lebih dia cintai daripada selainnya"
(Iman Al-Bukhari)


::Hadiahkan si dia doa supaya menjadi 
seorang yang mntaati perintah ALLAh 
dan Kuat menmpuhi dugaan hidup::

Sedang semua orang mentelaah pelajaran.
Aku sempat mengarang beberapa pantun 
yang tidak seberapa ini:


Pantun Kenangan Cinta


Paku jatuh diruang tamu
Tetamu datang dengan malu
Kutulis pantun hanya untukmu
Moga kamu ingat selalu

Orang pandai,bertanya selalu
Pandai dari dalaman luaran
Kenangan dulu biarkan berlalu
Ambillah ia sebagai pengajaran

Pengajaran datan tanpa guru
Guru tidak mengajar bercinta
Cinta buat kita terharu
Terharu dengar si dia berkata

SiDia makan buah kelapa
Buah kelapa pelbagai jenis
kenangan indah jangan dilupa
susah dicari kenangan manis

Manis mulut bila berbicara
Kerana lidah tidak bertulang
Orang muda perlu gembira
Kerana gembira, sedih menghilang



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...