Hari ini mata aku tidak dapat dipejamkan..Tidak dapat nak dijinakkan supaya memejamkan mata dan menidurkan diri ini..Adoyai..Pagi nanti sudah hendak pergi praktikal.Bagi mengisi ruang masa yang ada ni.Lebih baik aku menaipkan pantun diblog aku ni.
Pantun ini dibuat semasa Test communicable disease..Maklumlah siap buat test awal.so baki masa sebelum menghantaar paper tu aku gunakan untuk membuat pantun yang tidak seberapa ni.(org lain sibuk membuat Test)haha..
Pantun Test Communicable Disease
Dalam kelas berborak sakan
Borak tentang hati perasaan
Ujian telah kita mulakan
Harap kita dapat kejayaan
Beli nasi kedai Bedah
Bedah jual nasi padang
usaha sudah tawakal sudah
Jangan kecewa bila kecundang
Masuk hutan tangkap rusa
Rusa lari ketepi sawah
kita ini manusia biasa
kekadang diatas kekadang dibawah
Pagi-pagi pergi berenang
nampak buaya bersenang-lenang
Bukan senang hendak senang
Usaha dulu baru tenang
Makan ketupat dihari raya
Raya cina memang lama
Aku doakan korang berjaya
Moga menjadi jururawat ternama
No comments:
Post a Comment