Lama rasanya tidak menulis mengenai diri sendiri.Rasanya tidak perlu ditulis.Tapi lau tidak ditulis nanti rasa tidak puas hati pula.Maklumlah,Blog ni ibarat sebuah diari dialam serba modem ni.Tidak perlulah nak simpan diary yang panjang-panjang,yang tebal-tebal dalam buku tu.Sekarang teknologi telah mengubah segalanya.Pandai pula aku bab-bab teknologi ni.Semua oraang boleh pandai dalam bab teknologi ni.Just bergantung pada diri sendiri samaada nak explore or tidak.Siapa yang rajin dia yang dapat.So aku ni kurang rajin sikit nak explore2 ni.Just buat ikut gerak hati.Lagi senang.
Sebanarnya,Hari ni aku rasa sangat tidak larat.Apa kene entah la dengan MOhd Faizul ni.Sihat pun susah tidur. Tidak sihat pun susah hendak tidur.Plik-plik.Dah tidak tahu nak buat macam mana lagi.Makan ubat batuk pun sudah.Ubat batuk tu sebenarnya disalah guna.Ia dijadikan flatform untuk aku senang tidur.Tapi kadang-kadang menjadi.Kadang-kadang tidak menjadi.Jangan sesekali amalkan perkara ini.Ni salah sama sekali.
Jam dah pukul 2.40am.Tangan ni dari petang tadi lagi asyik mengeletar.Entah kenapa la aku pun tidak tahu.Dah macam orang parkinson dah.Kadang-kadang ok ,kadang-kadang tidak ok.Eh.berapa kali mau kadang-kadang la.Macam cerita P. Ramlee pula.Esok aku perlu bangun juga untuk pergi praktikal.Kalau tidak pergi "sehari tidak datang = 3 hari ganti praktikal".Wah menariknya.So, siapa-siapa rasa nak bekerja lebih tu boleh la ponteng praktikal.Seperti best jer dapat praktikal lebih dari orang.Bukan ssenang nak dapat tuh.Tu satu penghargaan.haha
Kau buat ku teruja
kau buat ku tertawa
terbit rasa tersembunyi beku
hingga rasa cemburu seperti
pasangan kekasih yang hangat bercinta
Alunan lagu spider berulang kali bermain ditelinga ni.Tetapi gegendang telinga ni tidak pernah berasa penat mendengar lagu yang sama banyak kali.Walaupun lagu ni agak jiwang,tapi disebabkan rentak lagu ni slow dan menarik mambuatkan tangan ni repeat lagu ni.Maklumlah baru pernah dengar lagu ni hari ni.Biasa la seperti orang yang baru mendapat brang baru.masti nak habiskan masa dengan benda itu sahaja kan.Sehingga timbul rasa puas dan bosan.
Sekarang bosan sudah menguasai diri.Bertemankan pokok keladi yang cantik disebelah aku ni.Aku sudah kebuntuan idea untuk melakukan aktiviti apa la.Kan tidak pasal-pasal aku makan pkok ni pula.Keroncong suda mula berdendang didalam perut aku ni.Nursing intervention yang terbaik ialah seeloknya aku mencuba untuk melelapkan mata yang dah mula layu seperti pkok yang tidak mendapat air dan cahaya matahari.
No comments:
Post a Comment