Hati-hati bila berkata
Takot nanti tambah dosa
Buka mata pejam mata
Tiba-tiba kita dewasa
Baru semalam rasanya kita lalui zaman kanak-kanak.
Masih teringat-ingat lagi kenakalan sewaktu kita masih
kanak-kanak.Pelbagai perkara telah kita lalui.Pelbagai
perkara telah kita mencuba samaada perkara yang
dibenarkan sehinggalah perkara yang dilarang.Itulah
pengalaman semua orang diwaktu zaman kanak2 mereka.
Tapi kali ini aku teringatkan sesuatu yang aku selalu
makan masa kecik-kecik dulu sampai la sekarang.Tapi
sekarang dah jarang hendak jumpa benda tuh.Dulu
selalu buat sendiri.Tidak susah untuk membuat benda
itu.Senang sahaja.Siapa-siapa pun dapat buatnya.
Tapi disebabkan hendak cepat jadi tidak perlulah buat
sendiri,cukup sekadar membeli dikedai sahaja.Senang
dan murah.
Aiskrim sesuatu yang sangat diminati oleh semua orang.
Orang tua2 pun sama naik dengan budak-budak.Tidak
kira usia,kulit,bangsa dan agama la boleh dikatakan.Satu
malaysia la minat aiskrim.Tapi sekarang dah diwarnai
dengan pelbagai jenis aiskrim yang pelik-pelik yang sekadar
mengaburi mata kita semua.Tapi apa-apa pun sedap dimata
dan juga sedap dilidah.
Ni la aiskrim yang aku cakap kan tuh...
Ni pula aiskrim yang menjadi kegilaan orang sekarang..
Budak-budak jilat jari
Pada jari ada maggi
Makan aiskrim hari-hari
Habis satu hendak lagi
No comments:
Post a Comment