Jom Baca

Monday 5 March 2012

Sekolah Rendah Penuh Keriangan...


Cantik sungguh pakai jubah
Nampak ayu dan juga selesa
Zaman kini kian berubah
Semakin hari semakin dewasa


Sekolah rendah adalah tempat yang sungguh melucukan buat kita.Banyak perkara telah terjadi..dan itu semua ialah kenangan terindah...


Perkara yang selalu dibuat semasa Sekolah Rendah:

1) Membuat kapal terbang kertas,jet kertas,dan macam-macam lagi oligami la kitorang buat.Masa sekolah kan semua orang kretif.Darjah 6 aku kene denda makan jet kertas yag aku buat disebabkan kitorang buat bersepah kat luar bangunan sekolah...


  




2) Darjah 4 aku meniaga didalam kelas.Menjual gula-gula,asam masin,dan kerepek untuk kawan-kawan.Time ni duit masuk jer..Boleh la dibuat untuk simpanan dan perbelanjaan...


3) Bermain permainan yang sangat digemari ramai iaitu bermain perlawanan pemadam.Sayang nak guna pemadam untuk memadam.Perlbagai jenis koleksi pemadam disimpan sehingga kotak pencil penuh dengan pemadam jerkk..Kalau kalah orang yang menang itu akan mengambil pemadam kita dan menjadi hak milik diorang..huuhuu..


 


4) Sesi bercerita mengenai cerita kartun yang sedang hangat dipasaran masa itu.Dragon ball, power ranger, robot kot, thundercat, ninja turtles dan macam-macam lagi..Sanggup ponteng sekolah semata-mata hendak tengok cerita dragon ball.


 


5) Tiru aksi-aksi gusti yang menarik dalam WWE dan WWF.Masa itu yang sangat terkenal ialah The Rock Dan Stone Cold.Apa lagi fight la cara diorang...





6) Suntikan BCG sangat ditakuti oleh semua budak-budak masa itu.Apa yang tak takutnya dah la senior selalu  cerita yang bukan-bukan."dik, BCG nih boleh sebabkan tangan adik bengkak dan xboleh gerak."Wah takotnya sampai ada budak pompuan yang muntah masa nak kene inject.


7) RMT...erm tau x apa itu RMT?RMT tuh rancangan makanan tambahan yang diberikan kepada pelajar. makan free la jawabnya.selalu dapat susu free...huhu


8) Salesmen..time sekolah dulu ada jer orang datang menjual buku-buku mereka.Nak beli buku kene tulis nama kat kertas yang telah diberikan..Tanda je nak beli buku yang mana satu.


9) SUSU.Wah dulu kalau datang je musim penjualan susu mesti ada Van susu yang datang kedalam sekolah.Nak-nak jualan air Vitagen.Nak berapa?just tanda jer kt kertas then pergi bayar kat abang yg jual tuh.Famous tau air nih..Tapi aku paling suka bila Van milo datang.Dapat la milo free..





10) Kesihatan kita dijaga..Wah..untung la..Pemeriksaan gigi mesti akan selalu diadakan.Tapi yang ni la budak-budak tidak mahu sangat..asyik lari jer bila tiba time pemeriksaan gigi..Takot kene cabut la..apa la...haha





11) Kene rotan.Lama dah rasanya tidak kene rotan.Syoknya bila kena rotan.Nak-nak bila kena didepan perhimpunan..wah..famous lah..


12) Program NILAM.Urm ingat lagi tak program NILAM?NILAM ialah Nadi ILmu Amalan Membaca. Program ni untuk kita membaca buku-buku yang ada dalam perpustakaan.Semua orang kena buat.Erm. tapi tidak payah nak buat sangat la.Just tiru kawan-kawan yang dah buat dah la..Nak lagi senang just baca sinopsis kat belakang buku jer.hahha





13) Kutip Sampah.Denda paling syok ialah bila kena kutip sampah.Nak-nak bila kita tidak pakai baju sukan time PJK.hurm memang kutip sampah la kerjanya.Satu padang kami bersihkan...


14) Berperang pistol manik time sekolah..Nih agak merbahaya..jangan tiru aksi ini...


Banyak lagi kenangan dizaman sekolah rendah dulu tapi memori kita ni bukan la kuat sangat..Sekejap ingat sekejap dah lupa.... 



Hilang buku jangan kecewa
Pergi la jumpa tuan penyelia
Sekolah rendah pembentuk jiwa
Menjadi insan berhati mulia



2 comments:

  1. meon ada blog rupenyer.huhuhu.nice entry....:p. i folo.....

    ReplyDelete
  2. ade blog...cuma x ramai tau..haha
    nk follow blik..sila bgi link...hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...