Jangan bermain hati dan perasaan
Kerana kita yang menanggunnya
Manusia diberi pelbagai perasaan
Kita perlu pandai menggunakannya
Apa perasaan aku sekarang ini??
1) Gembira
Kegembiraan adalah sesuatu yang semua orang mahukan.Indahnya hidup jika kita dapat gembira buat selamanya.Hidup dalam gelak ketawa.Hidup dalam ketenangan.Hidup dalam keriangan.Tapi kita berada diatas sebuah roda kehidupan.Kita yang memutarkan roda tersebut tapi Tuhan yang menentukan dimanakah roda tersebut akan berhenti.Itu hanya pada pandangan aku sahaja.So kita cuba buat diri gembira kerana kita perlu teruskan kehidupan walau apa pun yang berlaku.Smile always.
2) Gelisah/kebimbangan
Kegelisahan suatu perasaan yang sangat membimbangkan kita.Kita gelisah dengan diri kita.Gelisah dengan apa yang akan berlaku pada diri kita nanti.Gelisah jika kita tidak mecapai kejayaaan didunia dan di akhirat.Tapi bagi remaja dan manusia yang berjiwa muda semestinya tidak lepas dari kegelisahan dalam percintaan.Adakah aku akan dapat cinta yang sejati?aku cintakan dia tapi adakah aku dijodohkan dengan si dia?wah bermacam-macam perkara kita bimbangkan didalam dunia ini.Tapi kita sebagai manusia perlu kuat untuk menempuhi perasaan seperti ini.Kita perlukan kekuatan.
3) Takot
Perasaan takot ini semestinya semua orang akan bayangkan yang seperti ini "takot pada hantu" "takot pada manusia" Itu juga akan ada dalam diri kita tapi itu tidak la terlalu menguasai diri kita.Yang kita takotkan ialah takot pada apa kan terjadi pada kita nanti.Takot akan Allah..Takot jika amalan kita nanti tidak diterima oleh Allah dan takot jika dosa kita tidak diampunkan.Tapi aku lagi takot jika aku menjadi manusia yang menyusahkan orang lain terutama keluarga aku.
4) Benci
Perasaan benci ini suatu yang perlu kita hakis dari diri kita.Perlu kita buang sejauh yang mungkin dari jiwa kita ini.Kita perlukan perasaan benci tapi benci itu biarlah kita benci akan melakukan dosa.Benci akan musuh Allah.Tapi kita perlu buang perasaan benci kepada sesama kita.Kita perlu memaafkan setiap kesalahan orang.Biarlah apapun orang lakukan pada kita.Kita mestilah memafkan kesalahan orang.Tapi perkara itu kadang-kadang menjadi sesuatu yang sangat susah untuk kita lakukan.Mulai hari ini jadilah kita manusia yang memaafkan kesalahan orang lain.Buanglah perasaan benci.Hidup dalam keamanan. :)
5) Sedih
Bila gembira mesti ada sedih.Tidak semua orang akan selalu gembira.Maybe kita gembira disini tapi adakah kita akan gembira diakhirat nanti?Sedih sentiasa menghantui diri kita.Kadang-kadang kita terasa hendak menangis dan mengalirkan air mata.Tapi aku tidak benarkan air mata aku mengalir didepan orang lain.Aku cuba menahan diri supaya ia tidak keluar dari sarangnya.Disaat aku kehilangan Orang yang sangat aku sayang iaitu Arwah ayahku,airmata ini mengalir tapi aku tahan diri ini supaya kuat kerana aku hendak kuat didepan familyku terutamanya mak aku.Tapi bila keseorangan hanya Tuhan yang tahu.Tapi kita perlu bersyukur disebabkan kita diberi pelbagai dugaan kehidupan supaya kita menjadi kuat dan tabah.Begitu juga didalam pengajian aku ini.Begitu banyak dugaan perlu aku tempuhi.Tapi aku kene tempuhi kerana aku yang membuatkan diri aku menjadi begini dan aku yang memilih jalan ini....Be strong!
Walau apapun perasaan kita ketika ini.Kita perlu kuatkan semangat dan selalu memuhasabah diri supaya kita tidak melakukan sesuatu yang salah bila kita dihimpit kesusahan.This for renungan buat jiwer kelajuan.
No comments:
Post a Comment