Jom Baca

Sunday 25 March 2012

Bercerita Tentang Jodoh


SALAM Pictures, Images and Photos 

Rocky balboa suka gadoh
Gadoh berebut awek lama
Jangan dirisau pasal jodoh
Suatu masa pasti menjelma


3 jenis Jodoh:

1) JODOH DARI SYAITAN 
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.
2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.
3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.

 

Hayati Kata-kata Ini Semua:

"Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa?? Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa?? Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang... Kenapa?? Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa?? Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI." 

"Dalam menjalin hubungan sesama manusia, terkadang kita penat memilih untuk mencari persamaan. Tetapi sebilangan mereka yang bijak...tidak perlu bersusah payah mencari persamaan andainya boleh berbahagia dengan perbezaan. Jangan jadikan titik perbezaan sebagai konflik, tapi sinergikan perbezaan kita." 

"Apa-apa pun kita berbalik pada jodoh. Selama mana kau dan dia bercinta, kalau tak diizinkan untuk bersatu, cinta kau hanya cinta sia-sia. Sekuat mana kau cintakan kekasih kau, kalau tak diizinkan mencintainya selepas halal, cinta kau cinta sia-sia. Sejujur mana kau cintakan kekasih kau, jujur lagi Allah dalam menetapkan yg terbaik untuk kau. Ya, jodoh datang tak diduga. Mungkin esok, mungkin lusa kita tak tahu. Bila tiba, jangan lupa alhamdulillah. Andai lambat, senyum. Andai tiada, redha." 

Jodoh Itu Rahsia Allah


"Jodoh itu rahsia Allah SWT..
SEKUAT mana kita setia...
SEHEBAT mana kita merancang....
SELAMA mana kita menunggu....
SEKERAS mana kita bersabar....
SEJUJUR mana kita menerima bakal pasangan kita...
SEJAUH mana kita menolak.....
Jika ALLAH SWT Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama Si Dia..
Jika Allah SWT telah takdirkan kita bersama Si Dia....
Jodoh itu Allah yang tentukan.
Bukan Kita Bukan Si Dia juga Bukan Sesiapa.. 



Ciri Lelaki Idaman"

1. KAYA lelaki kerana AKHLAK mahmudah
2. TAMPAN lelaki kerana KEJERNIHAN wajah
3. MANIS lelaki kerana SENYUMAN indah dengan niat sedekah
4. TINGGI lelaki kerana KESEDERHANAAN
5. HEBAT lelaki kerana KESABARAN
6. Dan MULIA lelaki kerana KEIMANAN yang TEGUH! 



Siapa Wanita Cantik?

Wanita cantik ialah:
1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi… 


"Jangan cintai seseorang setinggi langit, karena langit bisa runtuh…Jangan cintai seseorang sedalam lautan, karena lautan bisa surut…Jangan cintai seseorang sebesar dunia, karena dunia bisa hancur. Cukup cintai seseorang seujung kuku, walau kecil, walau selalu dipotong, ia akan selalu tumbuh…" 

Yang Dicari:

✿Yang dicari walau bukan puteri raja, biarlah puteri agama.
✿Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
✿yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati. 
✿Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
✿Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, aku redha ketetapan Ilahi. 


Doa Buat Si Dia Yang Pernah Dicintai:


"Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu." 


Bakal isteri Gua!
(just for fun)

1) Seorang wanita-mesti la nak wanita kan..xkan la nak kawin dengan lelaki.Tapi wanita yang dimaksudkan iaitu mempunyai  ciri-ciri wanita.Bukan ganas..

2) Beragama islam-kalau bukan islam pun pe salahnya.Tapi aku belum cukup ilmu agama nak membimbing orang.Tapi bukan setakat beragama islam,dia mesti melaksanakan ilmu agama yang dia miliki itu serta boleh berkongsi ilmu dengan aku.

3) Rupa-paras-Aku tidak memilih sangat pasal rupa paras.Pada aku semua orang cantik.Tapi cukup sekadar sedap mata memandang.Lebih bagus kalau muka dia boleh buat aku sejuk bila memandangnya.Hilang rasa nak marah.

4) Hormat & menyayangi-menghormati &menyayangi aku sebagai dan keluarga terutamanya Mak.Aku hanya ada mak aku je.I love my Mom.Kita kene same2 menjga mak kita..BOleh?

5) Memasak-Mesti la kene pandai memasak.Jimat la duit aku nanti.X payah pergi makan kat luar.Masak gulai..perghh...sedap..

6) Sopan-sopan dalam semua aspek terutamnya dalam pergaulannya.Yang paling utama bila berbicaradengan aku la.hehe..

7) Tidak berpura-pura-Tunjukkan sikap yang sebenar.Jangan depan kita jer nampak baik.Belakang kita hampeh.

8) Senyuman yang menawan-wah..yang ni aku tak tahu nak nilai sangat.Pada aku semua orang senyum menawan.But bila dah sayang senyuman tuh jadi makin menawan buat kita.

9) Pandai Ambil hati-kalau hati aku kene ambil so tidak ada hati la nanti..sebenarnya dia mesti pandai menjaga dan memujuk aku dan tahu apa yang aku suka serta yang aku tidak suka.

10) Terima aku seadanya-terima kelemahan  dan kekurangan serta dapat memberi nasihat yang berguna.

11) Romantik-wah..suka benda-benda yang romantik.lagu yang slow-slow dan tenang.

12) Bekerja-aku nak dia pun bekerja.Lau boleh t aku buka kedai then dia bekerja bersama aku.Wah..so nice.

13) Minat melancong-Kalau ditakdirkan aku kewangan aku kukuh pada masa mendatang.Aku nak melancong banyak tempat.(macam banyak duit jer)

14) Perangai gila-gila cikit-bukannya gila.Tapi de perangai yang lain yang boleh buat aku tertarik.

Ada banyak lagi.Kalau boleh nak jer tulis semua.Tapi semua ni macam tidak penting jer kan.Setiap orang ada ciri-ciri yang dia suka tersendiri.Ala ni semua just pe kita rancang tapi Tuhan yang menentukan kan?..


Ini Yang Penting!

"Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji,perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik,Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri,maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki.."  

Oleh itu kita perlulah memperbaiki segala kelemahan yang kita ada.Berubah menjadi orang yang lebih baik. Boleh ker aku memimpin seorang wanita nanti?boleh ker aku menjadi ketua keluarga yang baik?Tepuk dada tanya iman.Tapi buat masa sekarang aku belum cukup baik untuk mendapat wanita yang baik.Kita perlu banyak bermotivasikan diri dalam kehidupan kita ini.Yakinlah yang Cinta akan datang pada bila-bila masa dan kita perlu bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku.


4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...