Jom Baca

Tuesday 15 November 2011

ORANG YANG MENCINTAI KAMU !!

SALAM Pictures, Images and Photos
Waktu Malam Gelap Gelita
Dalam Gelap Berjumpa Kamu
Jangan Takot Memberi Cinta
Berilah Kepada Orang Mencintaimu

Bila bosan macam2 la aku rase nak mengarut.Aku tulis ni untuk orang yang sedang or telah or pe2 jelah..just for fun..baca dan hayati lerrrrr...!!


1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintaimu. Yang dia tahu dihati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2. Walaupun kamu sudah mempunyai teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli. Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya. Di mata dan hatinya kamu sentiasa yang tercantik walaupun kamu merasakan tidak.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa sahaja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS 'Selamat Pagi', 'Selamat Malam', 'Slmt Tidur', 'Take Care' dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMSnya kerana dengan krirman SMS itulah dia menyatakan cintanya. Menyatakan dalam cara yang berbeza. Bukan 'Aku Cinta Padamu', tapi berselindung ayat lain selain kata cinta itu.


6. Jika kamu menyambut hari ulangtahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan telefon untuk mengucapkan selamat ulangtahun atau mengirimkan SMS.

7. Orang yang mencintai kamu akan mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu. Bahkan mungkin kejadian yang mungkin kamu sendiri telah melupakannya. Kerana saat itu adalah sesuatu yang amat berharga bagi dirinya. Dan saat itu matanya pasti berkaca kerana saat bersamamu tak mungkin berulang kembali.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setipa kata-kata yang kamu ucapkan. Bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar untuk menyukai apa yang kamu suka. Walau dia terpaksa korbankan sesuatu..

10. Jika kali terakhir kamu berjumpa, kamu sedang selsema atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirimkan SMS atau menelefon untuk bertanyakan keadaan kamu. Kerana dia bimbang tentang kamu, peduli tentang kamu.


Ade ker ea orang macam dalam senarai nih semua.Susah nak cari.Tapi mestilah ade..lau x takkan lah ade senarai nih semua kan??hahah..


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...