Salam...
Hari ni 13/8/11 adalah hari paling mengantuk dimalaysia...
ni sebab tido lewt dan x cukup tido...
kupu2 malam biasa la kan...tdo kul 7.30 pagi..haha..bangun jam 9.pagi...
hari ni kan ade program modul insaniah...
nak menerapkn nilai2 murni dalam diri..sesi pertama just dengar ceramah..
so manfaatkn la masa yg ade dengan belayar ke alam mimpi..
tp sesi kedua LDK..Yg ni agak mengatuk la der..
Antara aktiviti yang dilakukan:
1.Bermula dengan mengenal nama semua org...nk kene sebut semua nama kwn2 yg ade kt
ctu...terbeli-belit nk sebut...
2.Mencari nilai2 murni yang kamu dapat dalam universiti ni..
3. Yg ni best ckit..lukis muka kamu dan senaraikan nilai2 murni dan nilai2 negative dalam diri masing2.
4. Mereka cerita dari gambar yg diberi n membuat pengajaran dari cerita tersebut..
aku group 1 dapat gambar kucing dengan tikus...
so kitorg bt cerita ni:
Cerita: TIKUS GANGSTER
Alkisah..semua tahu kan bahawa tikus dan kucing memang tidak pernah berbaik..si kucing suka kacau and makan si tikus..so demi nak mempertahankn keturunan and nama baik tikus,mereka telah membuat mesyuarat bagi menundukkan dan menjatuhkan si kucing..segala ketua gangster tikus berkumpul dalam majlis tersebut....
Mail lambung ialah pengerusi majlis and ketua masa perbincangan tersebut...maka bermulalah
Mail lambung: morning bro2..sape ade idea untuk mengatasi msalah kite???
Malik: Gua rase elok kite pancung jer si kucing2 tuh...amacam.
Jai: memey r..tpi si kucing besar...bek kite bako jer..
dragon: Gua x goyang ma..kite boom jer..
Ajib: cish..lagi elok kite kasi kite punyer sengattt maaa...kite kencing ler kt kucing tu...
so geng diorg kene penyakit kencing tikus n terus mampos tersekse...bru syokk ma..ade fight...
Mail lambung: mekasih atas idea bro2..Gua rase idea ajib teerbaikkk..amacam setuju???
Semua: Setuju!!!
Cerita ni agak mengarut..main hentam jer....erm...tp yg ditulis kt cni mybe lain ckit ngn idea asal..sebab dah x ingat yg tadi punyer..yg penting pengajaran dia perlu diambil..
Pengajaran:
- Kite hendaklah mengelak daripada demdam..
- Jauhkan diri anda dari bergadoh..
- Berbincang/mesyuarat.
- Beerusaha mencari jalan mengatasi masalah...
- Memberi peluang semua ahli kumpulan memberi idea..
- Mendengar arahan ketua..
- Persetujuan semua ahli kumpulan penting dalam sesuatu perbincangan..
5. kemahiran berkomunikasi...cari menyampaikan maklumat kepada seseorang dengan betol...
6.Cara intonasi...nada dan gaya berkomunikasi...haha..
Ade lagi aktiviti yg lain..tapi aku lupa pulak..haha...pe2 pun bt2 la enjoy time tu...mata mengantuk tahap pe dah time tuh..berkorban demi masa depan..cewah..haa..
Tido..tido..n tido..masa tido bermula...alamk....tido punyer pasal tibe2 jam dah kul 8 mlm..
So mkan la kurma sebiji....kul 10.30 bru mkn nsi...so jagan la tido time petang2...nnt x terjaga pulak nk berbuka puasa...X elok melewatkan berbuke..
Pentingnyer menyegerakan berbuka:
Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar. Ini berdasarkan hadis-hadis yang menyebut perkara ini, antaranya: Daripada Sahl bin Sa`ad bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Hadis ini menerangkan punca kebaikan di dalam agama ialah mengikut sunah Nabi s.a.w., iaitu Baginda menyegerakan berbuka puasa. Ini menolak dakwaan ajaran-ajaran karut yang kononnya melewatkan berbuka menambah pahala. Kata at-Tibi (meninggal 743H):
“Barangkali sebab Allah menyukai mereka yang bersegera membuka puasa, ialah kerana apabila seseorang berbuka puasa sebelum solat, membolehkannya menunaikan solat dengan dihadirkan hati. Juga ia menyanggahi ahli bidaah yang berpendapat wajib melewatkannya.”
(at-Tibi, Syarh Miskhat al-Masabih, 4/183, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Berut).
Pupuklah nilai2 murni dalam diri masing2..jadi la insan yg cermerlang,gemilang dan terbilang...
"Usaha Takwa Mulia"(mcm xde kene mengene jer..)
Bila memandang ke muka laut
Nampak sampan mudik ke hulu
Bila terkenang mulut menyebut
Nampak sampan mudik ke hulu
Bila terkenang mulut menyebut
Budi yang baik ingat selalu
**********
No comments:
Post a Comment