Jom Baca

Monday, 14 November 2011

Have A Happy Day!



Pergi Pekan Cari Kera
Dimasak Bersama Gulai Peria
Pagi Petang Kene Gembira
Baru Hidup Sentiasa Ceria

Nok cakap pasal gembira nih..byok bende leh kite bt untuk gembira...jom tengok tips dari seorang pakar dalam bidang kegembiraan..



Tips Pertama

Kegembiraan bermula dari diri kita sendiri.Perlunya kita mewujudkan kegembiraan itu bermula dari waktu pagi.Setelah kita bangun dari tido yang tidak berapa lena tu,kita semestinya dalam keadaan tidak bermayakan??.So untuk gembira,anda perlu mengangkat kedua-dua tangan anda.selepas itu posisikan tangan anda seperti org hendak membca doa.Then,tarik nafas dalam2. Then korang tepuk-tepuk muka korang tuh..tepuk pipi korang.Lau x cukup kuat bagi aku tepukkan or tamparkan.. haha...Cara ini dapat menyegarkan diri kita yer..




                          

Tips Kedua

Tips kali ini sangat-sangat mudah.Sesiapa sahaja boleh melakukannya tanpa bayaran.Mula-mula anda perlu angkat tangan macam orang india nak sembah tuhan mereka uh..x angkat tngan pun xpe..Anda perlu lapangkan dada,fikiran serta buang sikap negatif.Buang keegoaan anda.Lepas tuh mulakan tips ini iaitu meminta maaf kepada sesiapa sahaja yg anda telah lakukan kesalahan.Tip kali ini sangat-sangat berkesan.Telah terbukti kerana saya telah membuat kajian terhadap 100 orang pelajar dari universiti UITM Puncak Alam.kajian menunjukkan 95% tips ini berkesan.






Tips Ketiga

Tengok pada gambar ni mesti korang terpikir-pikir kan?
Mesti korang cakap "x nampak gembira pun"...Tapi pakar kegembiraan telah membuktikan bahawa tips ini terbukti berkesan.Anda hanya perlu menaikkan kening anda seperti orang hendak marah(marah betol2 lagi bagus).Angkat tangan kiri anda dan anda perlu mencapai sesuatu yang terletak tinggi. cuba dan terus mencuba.sehingga anda bersa penat.Dengan ini anda akan mendpat kegembiraan melalui kepenatan..
Tips Keempat

Tips ini sesuai dilakukan diwaktu anda kebosanan.Anda jangan terlalu memikirkan masalah anda.Buang semua masalah anda itu kedalam tong sampah.Tips ini hanya memerlukan penggunaan mata anda sahaja.Mula-mula pejam mata anda.Kumpulkan semua masalah anda dalam kotak fikiran.Dan buke mata anda serta buang jauh-jauh masalah anda dengan memaksa mata anda melihat melalui posisi yang sukar dilihat oleh mata.Contoh: "melihat atas tanpa menaikkan kepala" cuba melihat belakang tanpa memusingkan kepala"..Insyaallah anda akan gembira dengan apa anda buat tuh...haha





Tips Kelima

Tips ini perlukan pengorbanan dari hati kita.perlu dibuat dengan sepenuh hati,jiwa dan raga.Tarik nafas anda sedalam-dalam yang mungkin.Dalam lagi.Lagi dan lagi!!.OK2..Setelah tarik kite mesti akan hembus nafas kita kan?kan?mne de org x hembus..So anda perlu hembus nafas dengan mulut tertutup dan anda perlu memksa mulut anda terbuke tapi mulut anda seperti diGam. Sebenarnya aktiviti ini menguatkan mulut dan mental anda.Lagi bagus anda buat dihadapan orang ramai.So diorg akan gelakkan anda.Dengan ini anda akan berada dalam kegembiraan  apabila memikirkan perkara yang memalukan yg anda lkukan itu..haha







Tips Terakhir

Tips ini biasenya disukai oleh perempuan.Diorang sangat suka akan memeluk teddy bear or anak patung mereka. Ini So untuk orang yang anda sayang.Hadiahkanlah mereka sesuatu yang boleh mebuat mereka gembira seperti bunga, coklat,teddy bear dan rumah..ah rumah??haha..Tapi tidak salah kalau sekali sekala kita belikan hadiah untuk diri kita sendiri kan??kita akan gembira dengan setiap barang yang kita miliki itu...huhuhuhu








Sunday, 30 October 2011

Luka lambat sembuh Akibat Marah

SALAM

Mawar merah didalam tangan
Harum mewargi setiap masa
Hati marah diturut jangan
Nanti sakit badan binasa


Kita tidak lepas dari mengalami keadaan marah.Tidak semua boleh
mengawal amarah mereka.Benarlah kata orang yang itu Marah boleh
mengundang keburukan kepda kita..tapi ini dari segi kesihatan..
Berdasarkan satu kajian yang dilakukan Universiti Ohio,Amerika
Syarikat membuktikan bahawa kesan lecur yang dialami oleh mereka
yang panas baran lambat sembuh berbanding mereka yang sejuk atinya.
Tambahan lagi,kajian yang melibatkan 98 sukarelawan ini mendapati
bahawa mereka hanya mengambil masa lapan hari jer untuk pulih dari
kesan melcur.Jadi awasilah amarah anda..So buang2 la sikap yg suke
marah2 tu.Senyum sokmo baru ler aty tenang n sihat selalu.

Saturday, 1 October 2011

kiasan cinta

SALAM 


Dalam kolam ade buaya
Buaya makan si gadis jelita
Jika kita nak berjaya
Atasi dulu masalah cinta

Lama tidak buat entry pasal cinta..sebenarnya tidak mahu masukkan soal cinta dalam blog..Tapi ini sekadar kiasan cinta..Ini untuk orang-orang yang sedang,telah,
dan bakal bercinta pun boleh..hehe

"Hargai cinta yang datang dalam kehidupan kita ini"

Bila cinta membara dalam diri kita.seolah dunia ini kita yang punya.Segala yang kita lakukan semuanya kelihatan indah.tiada kata seindah "sayang" "i love u".Jiwa ni bagaikan hanya untuk sang pari-pari .Udara yang dihirup menjadi udara cinta yang segar sehingga setiap langkah hanya terlihat wajahmu didinding alam
Begitu indah anugenrah cinta yang diberikan ole pencipta kepada kite.



::Saat Cinta::

Saat sang puteri merindui kita
Sang putera pula melukai dia

Saat sang puteri mejaga hati kita
Sang putera menghancurkan hati dia

Saat sang puteri meninggalkan kita
Sang putera mula mencari cinta

Saat sang puteri membenci kita
Sang putera mula sedar

Saat sang puteri ditimpa masalah
Sang putera mula buntu

Saat timbulnyer kesedaran dalam diri
Saat itulah cinta mula pergi meninggalkan kita

Saat kita mulai cinta
Saat itu tidak bermakna bagi sang puteri

Saat kita berkorban demi cinta
Saat itu kita merasa keindahan cinta

Saat keindahan cinta dirasai
Saat itu juga kesengsaraan cinta dirasai

::Tapi Cinta::

Tapi cinta bukan milik kita
Cinta milik yang Maha kuasa

Tapi bukan mudah menjaga cinta
Cinta perlu disemai dengan baja

Tapi bukan kita hendak berpisah
Cinta penuh dengan dugaan

Tapi kenapa masih merindu??
Cinta tidak akan luput dihati


::Kala Cinta::

Kala kita menyakiti si dia
Si dia semakin menyanyangi kita

Kala kita membuat dia benci
Si dia sentiasa mendoakan kita

Kala kita jauh dari si dia
Si dia menatap akan gambaran wajahmu

Kala kita merindui si dia
Si dia sudah mula melupakan kita

Kala halangan cinta semakin menebal
akan lahirlah satu kuasa cinta yang sejati.

Kala kita tidak mungkin bersama
Saat itulah kita berserah pada yang kuasa


::Setelah Cinta::

Setelah berlalunya detik indah
Datang pula detik duka

Setelah kegembiraan menghiasi cinta kita
Datang pula kesedihan menghantui jiwa  kita

Setelah dirimu mendpat penganti diri ini
Datang lah rasa cemburu dan merana

Setelah dirimu diserikan dengan cinta baru
Datang la rasa gembira melihatmu gembira


::Sesungguhnya Cinta::

Sesungguhnya cinta menghiasi taman
Kerana cinta bebunga wangi


Sesungguhnya cinta datang sendiri
Kerana cinta hadir dari hati


Sesungguhnya cinta tidak semestinya 
untuk kita memiliiki si dia


Segala Yang Di Tulis Ini Adalah Sekadar Suka_suki.


::Pantun Cinta::


Sang puteri mengidam ikan
putera menangkap si Ikan Gelama
cinta kita takdir tentukan
kalau jodoh tetap bersama

Sunday, 25 September 2011

Mati Itu Pasti

SALAM

Sana peti sini pun peti
dalam peti ade buah-buahan
sana mati sini pun mati
hidup dan mati urusan Tuhan


Berdasarkan pantun yg aku buat uh ,Hidup dan mati ditangan Allah.kite sebagai manusia kene ikut perjlnan hidup ni..hadapi dan harungi semua halangan dan rintangan.tapi aku terpkir something.kalau lah diberi pluang untuk plih hidup or mati.pe yg korang nak yer??Kalau ikutkan aku skrang ni aku plih Pergi dulu sebelum dosa bertambah.Tapi pilihan bukan ditangan kite..so x salahkan kalau kite berdoa supaya dipercepatkan kembali ke tempat asal kite kan?jawab la dalam hati..Zaman sekarang ramai yang pilih nak mati kan.ramai yang tentukan mati mereka sendiri..pe nak jadi la nasib bek bunuh diri tu satu keslahan yg besar.Berdosa.Kalau bende tu x berdosa, pe akan jadi dengan manusia sekarang.Walaupun tahu bende tu salah disisi agama,jumlah manusia bunuh diri tetap bertambah dari masa ke masa.Ingat dengan bunuh diri tu boleh selesai masalah ker?pe yang kite dapat lau bt cm tu?kite dpat dosa.kite dapat cacian.kite dpat makian.So, sebagai manusia yang beragama Islam.kite kene la kuat menempuhi dugaan dan msalah kehidupan ini.Jangan biarkan masalah and emosi menguasai kite..Biar kite yg kuasai emosi.Sesungguhnyer mati itu sangat sakit..


Sumber:Google


Hayati Hadis-hadis sebagai peringatan


Tersebut di dalam Unbar (Hadis) lima perkara racun yang membunuh dan lima perkara penawar sebagai ubatnya:


a. Dunia itu racunnya dan zahid itu ubatnya.
b. Harta itu racunnya dan zakat itu ubatnya.
c. Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya.
d. Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya.
e. Seluruh tahun itu racunnya dan Ramadan itu ubatnya.


Sabda Nabi S.A.W.:
Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:
a. Kasih mereka kepada hidup — lupa mereka kepada mati.
b. Kasih mereka kepada harta — lupa mereka kepada hisab.
c. Kasih mereka kepada mahligai — lupa mereka kepada kubur.
d. Kasih mereka kepada dunia — lupa mereka kepada akhirat.
e. Kasih mereka kepada makhluk — lupa mereka kepada Allah.


Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada limabahagi.
a. hartanya untuk warisnya.
b. nyawanya untuk Malaikal Maut.
c. dagingnya untuk ulat-ulat.
d. tulangnya untuk tanah.
e. amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianayainya. ,


Apabila bercerailah nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam, adakah engkau tinggal dunia atau dunia tinggalkan engkau?
b. Hai anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau dunia himpunkan engkau?
c. Hai anak Adam, adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuhkan engkau?

Apabila dihantar ke tempat mandi berserulah suara dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat mengapa jadi lemah?
b. Hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang pitah bercakap mengapa diam?
c. hai anak adam di manakah kekasih engkau mengapakah jadi mulia rakan engkau?


Apabila dibawa ke atas kain kapan maka menyerJah suara dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam, engkau herjalan kepada perjalan yang jauh dengan tidak berbekal?
b. Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya?
c. Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan maka tiada engkau kenderai selama-
    lamanya? dan engkau berpindah kepada negeri yang huru hara!


Apabila manyat dibawa di atas perusung (keranda) maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang 
    bertaubat.
b. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika amal mu baik.
c. Hai anak Adam amat beruntuglah (bahagialah) kamu jika sahabat mu dalam keredaan Allah — 
    dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang dimurkai Allah.


Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
a. Wahai anak Adam segala amal mu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.
b. Wahai anak Adam, jika amal mu itu baik kamu akan lihat baik.
c. Wahai anak Adam, jika amal mu itu buruk maka kamu kan lihat buruk.

Imam Annas bin Malik Radziyallah Anhu berkata, bahawa bumi setiap hari berkata:
a. Wahai anak Adam, kamu berjalan di atas ku, kamu akan kembali ke dalam perut ku (kubur).
b. Hai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan dosa di atas ku, dan kamu akan disiksa di dalam 
    perut ku (kubur).
c. Kamu bergurau di atas ku, dan kamu akan menangis di dalam perut ku (kubur).


Wallahualam..."sesungguhnya mati itu pasti"



Kalau pagi katakan pagi
jangan sesekali kamu menipu
kalau pergi tetap akan pergi
buat la amal selagi termampu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...