Jom Baca

Sunday, 12 February 2012

Mental lah!!



Alhamdulillah...Hari ini aku dapat juga untuk menunaikan hajat hati yang tidak kesampaian selama ini.Dah lama aku ingin menderma darah tapi tidak kesampaian.Macam best pula derma darah ni.Lain kali boleh la derma lagi.kalau ada hayat dikandung badan...cewah..

Hari ini aku sebenarnya hendak menulis mengenai Satu pantun yang dikarang semasa kelas Mental yang diadakan pada 1/2/2012 yang lalu.Masa ni kitorang sedang belajar mengenai therapy.
Wah..Bergelak sakan budak2 ni dalam kelas..Cik zam kan seorang lecture yang menceriakan...

ok... let's see the pantun...


Pantun Kelas Mental



Riuh Rendah Burung berkicau
Burung hinggap dipokok sena
Riuh rendah korang mengacau
Kacau aku hendah lena

Lena aku dibuai mimpi
Mimpi buat ketupat palas
Hendak berjaya jangan bertapi
Marilah kita hindari malas

Pesakit mental tengok kartun
sambil asyik kibar bendera
Bila bosan kutulis pantun
kerana pantun buatku gembira

Cik Zam nampak makin jelita
Jelita luaran dan juga jiwa
keihatan mental subjek kita
setiap masa bergelak ketawa

Bila gelak semua mengada
Gelak itu suatu petua
Semua orang perasan muda
Hakikatnya kita semakin tua

Rakyat malaysia hargai masa
masadibunag ditepi taman
Bila kita meningkat dewasa
Makin lama makin berpengalaman


Wednesday, 8 February 2012

Kutulis untuk semua..


Hari ini mata aku tidak dapat dipejamkan..Tidak dapat nak dijinakkan supaya memejamkan mata dan menidurkan diri ini..Adoyai..Pagi nanti sudah hendak pergi praktikal.Bagi mengisi ruang masa yang ada ni.Lebih baik aku menaipkan pantun diblog aku ni.

Pantun ini dibuat semasa Test communicable disease..Maklumlah siap buat test awal.so baki masa sebelum menghantaar paper tu aku gunakan untuk membuat pantun yang tidak seberapa ni.(org lain sibuk membuat Test)haha..




Pantun Test Communicable Disease 


Dalam kelas berborak sakan
Borak tentang hati perasaan
Ujian telah kita mulakan
Harap kita dapat kejayaan

Beli nasi kedai Bedah
Bedah jual nasi padang
usaha sudah tawakal sudah
Jangan kecewa bila kecundang

Masuk hutan tangkap rusa
Rusa lari ketepi sawah
kita ini manusia biasa
kekadang diatas kekadang dibawah

Pagi-pagi pergi berenang
nampak buaya bersenang-lenang
Bukan senang hendak senang
Usaha dulu baru tenang

Makan ketupat dihari raya
Raya cina memang lama
Aku doakan korang berjaya
Moga menjadi jururawat ternama


Wednesday, 1 February 2012

Pantun Kenangan Cinta


Hari ini inginku Sampaikan pesanan kepada diri sendiri dan juga insan-insan yang sedang berkasih atau ingin berkasih...Cinta adalah sesuatu yang sangat indah bagi kita.Tetapi cinta yang sebenar perlu hadir dari hati dan berkhir dengan sebuah mahligai impian iaitu perkahwinan.


Beberapa Renungan Bersama

"Ketika Cinta menyapamu,jangan silau dengan indahnya dia,
Tetapi lihatlah apakah cinta itu akan membuatmu semakin dekat kepada 
Allah atau tidak"
(Kitab Fursan Minit Tarikh)

"ingatlah,siapa yang menciptakan hati kita?
Yang menciptakan hati kita ialah ALLAH.ALLAH
yang berhak untuk menumbuhkan rasa Cinta dihati kita.
kita hanya berkhtiar mencari sosok dihati,dan Allah
 dengan kekuasaannya akan menambahkan
rasa CINTA"
(Buku Inspirasi Cinta Terhebat)

"Seseorang Tidak akan pernah mendapatkan manisnya iman
sehingga dia mencintai seseorang,tidak mencintai kecuali kerana ALLAH.
Sehingga dia dilemparkan kedalam api lebih dia sukai daripada kembali kepada
setelah ALLAH selamatkan dirinya dan sehingga ALLAH dan Rasulnya
lebih dia cintai daripada selainnya"
(Iman Al-Bukhari)


::Hadiahkan si dia doa supaya menjadi 
seorang yang mntaati perintah ALLAh 
dan Kuat menmpuhi dugaan hidup::

Sedang semua orang mentelaah pelajaran.
Aku sempat mengarang beberapa pantun 
yang tidak seberapa ini:


Pantun Kenangan Cinta


Paku jatuh diruang tamu
Tetamu datang dengan malu
Kutulis pantun hanya untukmu
Moga kamu ingat selalu

Orang pandai,bertanya selalu
Pandai dari dalaman luaran
Kenangan dulu biarkan berlalu
Ambillah ia sebagai pengajaran

Pengajaran datan tanpa guru
Guru tidak mengajar bercinta
Cinta buat kita terharu
Terharu dengar si dia berkata

SiDia makan buah kelapa
Buah kelapa pelbagai jenis
kenangan indah jangan dilupa
susah dicari kenangan manis

Manis mulut bila berbicara
Kerana lidah tidak bertulang
Orang muda perlu gembira
Kerana gembira, sedih menghilang



Friday, 20 January 2012

Masa

Assalamualaikum...

Masa berlalu begitu
 cepat.Siang berganti malam.
Tapi sekarang ni dah pukul 5.30am.
So malam berganti siang sudah la ni.
Rasanya baru sekejap tadi aku balik dari kelas.
Baru sekejap tadi aku lepak-lepak dengan kawan-kawan.
Pantasnya masa.Dah boleh mengalahkan kelajuan kereta
 Ferrari,F1 and motor Gp.Eh,ape aku buat bila aku tidak 
tidur yer?entah la..Tapi kita perlu menghabiskan masa
dengan perkara yang bermanfaat seperti 
yang dinyatakan dalam Surah
AL-Asyr dibawah ni:


"Demi masa,Sesungguhnya manusia dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran"
(surah: AL-Asyr ayat 1-3)

Cakap mengenai masa ni.
jom hayati Pantun yang menarik ni..


Pantun Masa


Rumpun buluh tumbuhnya rapat,
Pokoknya tinggi, sejuk dan redup,
Ada masa elok dimanfaat,
kelak menyesal seumur hidup.

Tumbuh tinggi pohon ketapang,
Daunnya lebat, dahannya teguh,
Ingat sibuk ketika lapang,
Kerja yang ada jangan ditangguh.

Petang petang mereneh halia,
Untuk diminum bujang dan dara,
Tepati masa amalan mulia,
Orang senang, hati gembira.

Bungkus nasi dengan palas,
Disusun elok di atas meja,
Buang segera sifat malas,
Lekas bangkit, terus bekerja.

Pergi ke pekan membeli laksa,
Rasanya masin, kuahnya jalang,
bila manusia hargai masa,
Negara maju rakyat cemerlang.





Senyum sokmo :)

Tuesday, 10 January 2012

Pantun dan Kenangan Dulu-Dulu

Assalamualaikum....

Selamat Tahun Baru kepada semua ..Kali ini saya ingin bercerita mengenai pantun dan kehidupan dulu..kenapa saya meletakkan pantun disetiap post2 saya?

-Pantun ni sesuatu yang menarik
-Memartabatkan pantun..menghargai keistimewaan yang kita miliki iaitu pantun...
-Cuba mencipta pantun sendiri walaupun tidak menjadi dan tidak menarik...


Zaman Dulu2ku

Pantun sebenarnya sesuatu yang indah..indah dari segi ayat-ayatnya,indah maksudnya dan indah cara nak menyampaikannya.Pantun digunakan sejak zaman nenek moyang kita lagi..Masih boleh dibayangkn lagi saat-saat Arwah nenek saya mengalunkan pantun kepada saya.cukup menarik..Masa tu saya msih kecil kalau tidak silap la saya baru darjah satu atau dua..Tapi saya menjadi tertarik sangat..Hampir setiap hari juga saya habiskn masa dengan arwah nenek.Orang lame2 sebenarnya banyak ilmu.Banyak benda yang diorang tahu..Pantun,puisi,cerita-cerita dongeng,cerita-cerita Nabi,lagu-lagu rakyat,lagu2 kanak-kanak dan banyak lagi..Macam mana la diorang boleh ingat semua tu kan?sangat menarik..Tapi sayang aku dah banyak lupa semua itu.Macam mana nanti lau aku dah ada nak atau cucu..Tak akan la aku nak cerita mengenai facebook,mengenai gosip-gosip artis,mengenai hiburan yang melampau.

Oh apa akan jadi pada budak-budak pada masa akan datang yer?Boleh ker Martabat orang melayu terus terbela..Boleh ker harta pusaka melayu ni berada dihati orang-orang kita.Sekrang pun kita boleh  tengok banyak perubahan.Tapi walau macam mana pun aku bersyukur sebab aku sempat melalui semua itu dulu.Aku sempat merasa kehidupan tanpa hiburan melampau.Syukur sebab aku sempat merasa tidak terdedah kepada penipuan dunia yang seperti aku lalui sekarang ni..Bestnya waktu dulu-dulu.Tiada TV,Tiada dapur Gas,Tiada Motosikal,Tiada kereta,nak makan makanan segera dan ringan pun jarang.Owh bertuahnaya kehidupan dulu.Teringat lagi kenangan dulu-dulu.Nak kemana-mana mesti menaiki basikal.Mak Dan Ayah aku naik basikal untuk ketempat kerja..Mak aku sampai sekarang masih menaiki basikal untuk ketempat kerja dan kemana sahaja dia hendak pergi.Itu adalah kenderaan rasmi diorang.Tidak pernah mengenal erti penat.Aku bangga ada mak dan ayah macam diorang.Bersyukur sangat.

Teringat lagi dulu yang aku sentiasa pergi ker kebun sayur Arwah ayah yang hanya terletak dibelakang rumah.Pelbagai jenis sayuran yang ditanamnya.Kitorang sentiasa menghabiskan masa membantu arwah ayah(kadang-kadang merosakkan tanaman de la..).Petang-petang mesti duduk dekat pondok yang dibuat oleh arwah ayah kat kebun tu.Makan-makan dekat situ.Sungguh menarik.Kat kebun tu jugak la aku dan kawan-kawan main macam-mcam kat situ sperti polis entry,layang-layang(WAU),Tengnusuk,tangkap ikan sekila,dan macam-macam lagi.Memang kehidupan kampung la.Sebab kitorang main kat situ la maka jadinya kerosakan pada pokok2 yang ditanam..haha..kitorang kan suka kena marah.Budak degil la katakan..


Bersambung(dah mengantuk)....



Jom tengok contoh Pantun..





Pengat pisang diambil dihulu
senang dimakan dipulau indah
ingatlah selalu kenangan dahulu
kenangan dulu cukup indah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...