Jom Baca

Tuesday, 15 November 2011

ORANG YANG MENCINTAI KAMU !!

SALAM Pictures, Images and Photos
Waktu Malam Gelap Gelita
Dalam Gelap Berjumpa Kamu
Jangan Takot Memberi Cinta
Berilah Kepada Orang Mencintaimu

Bila bosan macam2 la aku rase nak mengarut.Aku tulis ni untuk orang yang sedang or telah or pe2 jelah..just for fun..baca dan hayati lerrrrr...!!


1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintaimu. Yang dia tahu dihati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2. Walaupun kamu sudah mempunyai teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli. Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya. Di mata dan hatinya kamu sentiasa yang tercantik walaupun kamu merasakan tidak.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa sahaja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS 'Selamat Pagi', 'Selamat Malam', 'Slmt Tidur', 'Take Care' dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMSnya kerana dengan krirman SMS itulah dia menyatakan cintanya. Menyatakan dalam cara yang berbeza. Bukan 'Aku Cinta Padamu', tapi berselindung ayat lain selain kata cinta itu.


6. Jika kamu menyambut hari ulangtahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan telefon untuk mengucapkan selamat ulangtahun atau mengirimkan SMS.

7. Orang yang mencintai kamu akan mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu. Bahkan mungkin kejadian yang mungkin kamu sendiri telah melupakannya. Kerana saat itu adalah sesuatu yang amat berharga bagi dirinya. Dan saat itu matanya pasti berkaca kerana saat bersamamu tak mungkin berulang kembali.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setipa kata-kata yang kamu ucapkan. Bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar untuk menyukai apa yang kamu suka. Walau dia terpaksa korbankan sesuatu..

10. Jika kali terakhir kamu berjumpa, kamu sedang selsema atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirimkan SMS atau menelefon untuk bertanyakan keadaan kamu. Kerana dia bimbang tentang kamu, peduli tentang kamu.


Ade ker ea orang macam dalam senarai nih semua.Susah nak cari.Tapi mestilah ade..lau x takkan lah ade senarai nih semua kan??hahah..


Monday, 14 November 2011

Have A Happy Day!



Pergi Pekan Cari Kera
Dimasak Bersama Gulai Peria
Pagi Petang Kene Gembira
Baru Hidup Sentiasa Ceria

Nok cakap pasal gembira nih..byok bende leh kite bt untuk gembira...jom tengok tips dari seorang pakar dalam bidang kegembiraan..



Tips Pertama

Kegembiraan bermula dari diri kita sendiri.Perlunya kita mewujudkan kegembiraan itu bermula dari waktu pagi.Setelah kita bangun dari tido yang tidak berapa lena tu,kita semestinya dalam keadaan tidak bermayakan??.So untuk gembira,anda perlu mengangkat kedua-dua tangan anda.selepas itu posisikan tangan anda seperti org hendak membca doa.Then,tarik nafas dalam2. Then korang tepuk-tepuk muka korang tuh..tepuk pipi korang.Lau x cukup kuat bagi aku tepukkan or tamparkan.. haha...Cara ini dapat menyegarkan diri kita yer..




                          

Tips Kedua

Tips kali ini sangat-sangat mudah.Sesiapa sahaja boleh melakukannya tanpa bayaran.Mula-mula anda perlu angkat tangan macam orang india nak sembah tuhan mereka uh..x angkat tngan pun xpe..Anda perlu lapangkan dada,fikiran serta buang sikap negatif.Buang keegoaan anda.Lepas tuh mulakan tips ini iaitu meminta maaf kepada sesiapa sahaja yg anda telah lakukan kesalahan.Tip kali ini sangat-sangat berkesan.Telah terbukti kerana saya telah membuat kajian terhadap 100 orang pelajar dari universiti UITM Puncak Alam.kajian menunjukkan 95% tips ini berkesan.






Tips Ketiga

Tengok pada gambar ni mesti korang terpikir-pikir kan?
Mesti korang cakap "x nampak gembira pun"...Tapi pakar kegembiraan telah membuktikan bahawa tips ini terbukti berkesan.Anda hanya perlu menaikkan kening anda seperti orang hendak marah(marah betol2 lagi bagus).Angkat tangan kiri anda dan anda perlu mencapai sesuatu yang terletak tinggi. cuba dan terus mencuba.sehingga anda bersa penat.Dengan ini anda akan mendpat kegembiraan melalui kepenatan..
Tips Keempat

Tips ini sesuai dilakukan diwaktu anda kebosanan.Anda jangan terlalu memikirkan masalah anda.Buang semua masalah anda itu kedalam tong sampah.Tips ini hanya memerlukan penggunaan mata anda sahaja.Mula-mula pejam mata anda.Kumpulkan semua masalah anda dalam kotak fikiran.Dan buke mata anda serta buang jauh-jauh masalah anda dengan memaksa mata anda melihat melalui posisi yang sukar dilihat oleh mata.Contoh: "melihat atas tanpa menaikkan kepala" cuba melihat belakang tanpa memusingkan kepala"..Insyaallah anda akan gembira dengan apa anda buat tuh...haha





Tips Kelima

Tips ini perlukan pengorbanan dari hati kita.perlu dibuat dengan sepenuh hati,jiwa dan raga.Tarik nafas anda sedalam-dalam yang mungkin.Dalam lagi.Lagi dan lagi!!.OK2..Setelah tarik kite mesti akan hembus nafas kita kan?kan?mne de org x hembus..So anda perlu hembus nafas dengan mulut tertutup dan anda perlu memksa mulut anda terbuke tapi mulut anda seperti diGam. Sebenarnya aktiviti ini menguatkan mulut dan mental anda.Lagi bagus anda buat dihadapan orang ramai.So diorg akan gelakkan anda.Dengan ini anda akan berada dalam kegembiraan  apabila memikirkan perkara yang memalukan yg anda lkukan itu..haha







Tips Terakhir

Tips ini biasenya disukai oleh perempuan.Diorang sangat suka akan memeluk teddy bear or anak patung mereka. Ini So untuk orang yang anda sayang.Hadiahkanlah mereka sesuatu yang boleh mebuat mereka gembira seperti bunga, coklat,teddy bear dan rumah..ah rumah??haha..Tapi tidak salah kalau sekali sekala kita belikan hadiah untuk diri kita sendiri kan??kita akan gembira dengan setiap barang yang kita miliki itu...huhuhuhu








Sunday, 30 October 2011

Luka lambat sembuh Akibat Marah

SALAM

Mawar merah didalam tangan
Harum mewargi setiap masa
Hati marah diturut jangan
Nanti sakit badan binasa


Kita tidak lepas dari mengalami keadaan marah.Tidak semua boleh
mengawal amarah mereka.Benarlah kata orang yang itu Marah boleh
mengundang keburukan kepda kita..tapi ini dari segi kesihatan..
Berdasarkan satu kajian yang dilakukan Universiti Ohio,Amerika
Syarikat membuktikan bahawa kesan lecur yang dialami oleh mereka
yang panas baran lambat sembuh berbanding mereka yang sejuk atinya.
Tambahan lagi,kajian yang melibatkan 98 sukarelawan ini mendapati
bahawa mereka hanya mengambil masa lapan hari jer untuk pulih dari
kesan melcur.Jadi awasilah amarah anda..So buang2 la sikap yg suke
marah2 tu.Senyum sokmo baru ler aty tenang n sihat selalu.

Saturday, 1 October 2011

kiasan cinta

SALAM 


Dalam kolam ade buaya
Buaya makan si gadis jelita
Jika kita nak berjaya
Atasi dulu masalah cinta

Lama tidak buat entry pasal cinta..sebenarnya tidak mahu masukkan soal cinta dalam blog..Tapi ini sekadar kiasan cinta..Ini untuk orang-orang yang sedang,telah,
dan bakal bercinta pun boleh..hehe

"Hargai cinta yang datang dalam kehidupan kita ini"

Bila cinta membara dalam diri kita.seolah dunia ini kita yang punya.Segala yang kita lakukan semuanya kelihatan indah.tiada kata seindah "sayang" "i love u".Jiwa ni bagaikan hanya untuk sang pari-pari .Udara yang dihirup menjadi udara cinta yang segar sehingga setiap langkah hanya terlihat wajahmu didinding alam
Begitu indah anugenrah cinta yang diberikan ole pencipta kepada kite.



::Saat Cinta::

Saat sang puteri merindui kita
Sang putera pula melukai dia

Saat sang puteri mejaga hati kita
Sang putera menghancurkan hati dia

Saat sang puteri meninggalkan kita
Sang putera mula mencari cinta

Saat sang puteri membenci kita
Sang putera mula sedar

Saat sang puteri ditimpa masalah
Sang putera mula buntu

Saat timbulnyer kesedaran dalam diri
Saat itulah cinta mula pergi meninggalkan kita

Saat kita mulai cinta
Saat itu tidak bermakna bagi sang puteri

Saat kita berkorban demi cinta
Saat itu kita merasa keindahan cinta

Saat keindahan cinta dirasai
Saat itu juga kesengsaraan cinta dirasai

::Tapi Cinta::

Tapi cinta bukan milik kita
Cinta milik yang Maha kuasa

Tapi bukan mudah menjaga cinta
Cinta perlu disemai dengan baja

Tapi bukan kita hendak berpisah
Cinta penuh dengan dugaan

Tapi kenapa masih merindu??
Cinta tidak akan luput dihati


::Kala Cinta::

Kala kita menyakiti si dia
Si dia semakin menyanyangi kita

Kala kita membuat dia benci
Si dia sentiasa mendoakan kita

Kala kita jauh dari si dia
Si dia menatap akan gambaran wajahmu

Kala kita merindui si dia
Si dia sudah mula melupakan kita

Kala halangan cinta semakin menebal
akan lahirlah satu kuasa cinta yang sejati.

Kala kita tidak mungkin bersama
Saat itulah kita berserah pada yang kuasa


::Setelah Cinta::

Setelah berlalunya detik indah
Datang pula detik duka

Setelah kegembiraan menghiasi cinta kita
Datang pula kesedihan menghantui jiwa  kita

Setelah dirimu mendpat penganti diri ini
Datang lah rasa cemburu dan merana

Setelah dirimu diserikan dengan cinta baru
Datang la rasa gembira melihatmu gembira


::Sesungguhnya Cinta::

Sesungguhnya cinta menghiasi taman
Kerana cinta bebunga wangi


Sesungguhnya cinta datang sendiri
Kerana cinta hadir dari hati


Sesungguhnya cinta tidak semestinya 
untuk kita memiliiki si dia


Segala Yang Di Tulis Ini Adalah Sekadar Suka_suki.


::Pantun Cinta::


Sang puteri mengidam ikan
putera menangkap si Ikan Gelama
cinta kita takdir tentukan
kalau jodoh tetap bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...