Jom Baca

Wednesday, 16 November 2011

Pantun Anak Muda!!

kupu2 Pictures, Images and Photos

Muda hanya sekali.Tua pun hanya sekali jugak kan??
tapi waktu muda ni la waktu yang sangat indah.
Sangat bermakna untuk kita..Nanti dah tue kita akan sentiasa mengenang kenangan zaman muda.So hiasilah waktu muda dengan sesuatu yang Indah.Let's layan pantun yangku cipta ntah pe2 ni..Pantun Anak muda.


Bila jalan pandanglah depan
Takot nanti terlanggar kuda
Mari kita hayati kehidupan
Kerana kita xsentiasa muda

Kuda padi kuda belang
Kuasa kuda bukan kepalang
Muda hati muda terbilang
Masa muda pasti hilang

Anak unta lumba lari
Lumba lari dipadang bola
Anak muda perlu berdikari
Moga hidup akan terbela

Main bola main layang-layang
Layang-layang terputus tali
Anak muda berkasih sayang
Sayng itu tak dijualbeli

Kuda hitam kuda putih
Putihnya kuda bak salji
Waktu muda waktu terlatih
Terlatih dari dugaan dan ujian

Minyak wangi minyak kelapa
Dipakai oleh anak leman
Banyak orang selalu lupa
Lupa dalam bantu teman

Pantun oh Pantun.Makin ku bosan makin ku pantun.

Kalau Korang......



Raja Lawak Cerita Berjenama
Siapa hebat Jadi Johan
Kehebatan Kita xTahan Lama
Yang Terhebat Ialah Tuhan

Kalau korang rasa korang cantik
De lagi yang cantik dari korang

Kalau korang rasa korang hodoh 
Ade lagi yang kurang cantik dari korang

Kalau korang rasa korang pandai
Ade lagi yang lebih pandai dari korang

Kalau korang rase korang kuat
Ade lagi yang lebih kuat dari korang

Kalau korang rase ade masalah
Ade lagi orang yang masalahnye lebih besar

Kalau KOrang Rase Bosan
Ade Lagi Orang Yang lebih Bosan Dari Korang

Bayaknya Kalau-Kalau Nih!!!
Nak Diikutkan Kalau..Sampai esok pun x abis..
Tapi ingatlah Lam Hidup ni Bukan Kita je yang terbaik
and Bukan kita je Yang kurang Baik. :)


Tuesday, 15 November 2011

Comelnya DiA!!!



Dua Tiga Kucing Berlari
Mana Nak Sama Si Kucing Belang
Dua Tiga Boleh Kucari
Mana Nak Sama SI Adik Sorang

Eh.Pantun ni macam tidak kene jer dengan topik!!Tak pe lah asalkan de disebut pasal kucing tu jadi la.Entry kali ni ditujukan Khas buat peminat or penyayang kucing.Tapi aku x bpe suke kucing..Disebabkan oleh kes masa budak2 dulu la..Jom tengok gambar2 kucing yang menarik dan comel2 nih::

Ala Tomey-Tomey

Chak! chak! chak la!


Comelkan kucing kat Atas tuh.Tapi lagi comel kalau kucing korang ada kucing macam kat bawah nih!!
















Pergi Tandas Hendak Kencing
Seblelum Masuk Bayar Dulu
Kalau kita Sayang Kucing
Mandikan Ia,Sikatlah Bulu



kedudukan Medal Sukan SEA 2011




Pergi Jakarta Main Sukan
Tendang Bola Bergaya Sangat
kalah Bukan Kecundang Pun Bukan
Malaysia Pulang Membawa Pingat



Kedudukan Medal Sepanjang 5 hari berlangsungnya Acara Sukan SEA Yang KE-26 Di Indonesia 


 CountryOverall Medal
   Indonesia
60
48
38
146
   Thailand
35
27
36
98
   Vietnam
27
29
35
91
   Singapore
19
17
31
67
   Malaysia
12
14
22
48
   Philippines
8
14
20
42
   Lao PDR
2
3
12
17
   Cambodia
1
3
7
11
   Myanmar
0
8
11
19
   Brunei Darussalam
0
1
3
4
   Timor Leste
0
0
1
1
         Grand Total
164
164
216
544



Jom Tengok Gambar-gambar mereka yang Mendapat PIngat Dan kejayaan




PENERJUN Malaysia Brian Nickson Lomas (kiri) dan Yeoh Ken Nee menang pingat emas dalam acara 3m papan anjal seirama lelaki di Stadium Akuatik, Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang. - Foto Hasan Ismail
PENERJUN Malaysia Brian Nickson Lomas (kiri) dan Yeoh Ken Nee menang
 pingat emas dalam acara 3m papan anjal seirama lelaki di Stadium Akuatik, 
Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang



Dalam banyak-banyak sukan yang ada.Semua peminat sukan akan ternanti-nanti untuk melihat kelibat pasukan negara mempertahankan kejuaraan pingat Emas dalam Bola Sepak.Malaysia akan terus berjuang dalam mencari kejuaraan apabila Malaysia akan turun padang menentang tuan rumah iaitu Indonesia Pada 17/11/2011 nanti.Doakan kejayaan Skuad Negara!!

 


Maklumat diambil dari Encik Google

ORANG YANG MENCINTAI KAMU !!

SALAM Pictures, Images and Photos
Waktu Malam Gelap Gelita
Dalam Gelap Berjumpa Kamu
Jangan Takot Memberi Cinta
Berilah Kepada Orang Mencintaimu

Bila bosan macam2 la aku rase nak mengarut.Aku tulis ni untuk orang yang sedang or telah or pe2 jelah..just for fun..baca dan hayati lerrrrr...!!


1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintaimu. Yang dia tahu dihati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2. Walaupun kamu sudah mempunyai teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli. Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya. Di mata dan hatinya kamu sentiasa yang tercantik walaupun kamu merasakan tidak.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa sahaja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS 'Selamat Pagi', 'Selamat Malam', 'Slmt Tidur', 'Take Care' dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMSnya kerana dengan krirman SMS itulah dia menyatakan cintanya. Menyatakan dalam cara yang berbeza. Bukan 'Aku Cinta Padamu', tapi berselindung ayat lain selain kata cinta itu.


6. Jika kamu menyambut hari ulangtahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan telefon untuk mengucapkan selamat ulangtahun atau mengirimkan SMS.

7. Orang yang mencintai kamu akan mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu. Bahkan mungkin kejadian yang mungkin kamu sendiri telah melupakannya. Kerana saat itu adalah sesuatu yang amat berharga bagi dirinya. Dan saat itu matanya pasti berkaca kerana saat bersamamu tak mungkin berulang kembali.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setipa kata-kata yang kamu ucapkan. Bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar untuk menyukai apa yang kamu suka. Walau dia terpaksa korbankan sesuatu..

10. Jika kali terakhir kamu berjumpa, kamu sedang selsema atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirimkan SMS atau menelefon untuk bertanyakan keadaan kamu. Kerana dia bimbang tentang kamu, peduli tentang kamu.


Ade ker ea orang macam dalam senarai nih semua.Susah nak cari.Tapi mestilah ade..lau x takkan lah ade senarai nih semua kan??hahah..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...